Assalamualaikum.
Perkongsian kali ini tentang cendawan. Rupanya cendawan ini terdapat byk spesies, ada yang mahal dan susah di dapati tetapi cendawan yang paling di sukai, Cendawan Tiram Kelabu. Saya ni sebenarnya menghadiri kursus cendawan tanpa di rancang berbulan bulan pon. Aunty dan uncle sy dari Brunei message through whatsapp, " Tolong tanyakan tarikh kursus persendirian dengan Cendawan Puchong ". Then dia bagi sahaja link. Saya hubungi cendawan puchong, mereka bersetuju memberi kursus persendirian dengan mimima 3 orang.
" Aunty datang kl hari sabtu, tolong book date dgn cendawan punchong hari selasa".
Message di terima pada hari khamis. Nasib baik mentor cendawan bersetuju untuk tarikh yang di pilih. Kesian juga masa tu , mentor cendawan demam. Tetapi terpaksa mengajar kami.
Sebelum ini, saya tak pernah pon tengok tanaman cendawan in real. Selalunya dalam gambar saja. Kali ini, Nah ambil kau ! Aku sendiri yang dapat ambil gambar cendawan .
Perasaan teruja melihat tanaman. Masha Allah , besarnya kekuasaan Allah. Memberi tanaman secantik ini, lembut, bersih. Kami akan di beri peluang memetik cendawan pada akhir sessi latihan teori dan praktikal. Sementara menanti mentor, kami meninjau ninjau kawasan rumah cendawan. Pembantu mentor dari Indonesia sangat membantu, friendly, dan semakin bertambah eksaited lah kami ni.
Menurut mentor, di Cendawan Puchong mereka dapat menawarkan sebanyak 50 kg sehari. Ini baru membantu pembeli di sekitar kawasan sana. Pemrintaan untuk cendawan amatlah tinggi. Jika mempunyai sistem perngurusan dan tanaman yang bagus, penjualan dapat di lakukan secara berterusan. Insya Allah. :)
Saya suka tengok cendawan yang sedang bertumbuh itu ! :P
Ok bermulalah hari kursus kami. Proses pembayaran dan briefing sedikit teori. Kami di beri buku penulisan mentor cendawan dan cd sebagai bahan rujukan. Proses mula untuk menghasilkan bongkah cendawan dahulu. Di dalam bongkah cendawan, mempunyai habuk kayu getah. Gambar di atas adalah habuk kayu getah. Ada perbezaan jika kita menggunakan habuk kayu lain, kuantiti serat yang berbeza. Habuk kayu ini paling sesuai untuk di jadikan bongkah cendawan. Proses pengeringan habuk kayu. Apabila sudah kering, mesti menapis habuk mengunakan equipment supaya habuk itu tadi menjadi halus dan tidak mempunyai bahan kasar , seperti paku etc.
Jika untuk mengetahui habuk kayu itu betol, boleh cuba pegang habuk yang berbukit tu. Di dalamnya panas. dan akan mempunyai ketulan yang cantik terbentuk secara semulajadi. Ini adalah bahan paling penting bagi menghasilkan cendawan tiram kelabu yang terbaik.
Proses adunan bahan. Bahan yang akan di campur habuk kayu, kapur, em dan air. Bahan ini mestilah di adun menjadi rata. Untuk memastikan ia sudah rata, ambil pegang, bau dan rasa kelembapan habuk kayu tadi. :)
Apabila sudah rata, proses membuat bongkah cendawan. Proses ini menentukan jangka hayat penghasilan cendawan. Ada yang boleh menghasilkan 8 kali pengeluaran cendawan, jika bagus, ada yg boleh menghasilkan 12 kali pengeluaran cendawan untuk satu bongkah.
1 kali pengeluaran cendawan mengambil masa dalam 10 hari atau seminggu. Pertumbuhan cendawan sangat cepat, jika di waktu pagi kita belum nampak apa2 pada bongkah, tunggu pada petang hari sudah ada cendawan yang bertumbuh.
Cantikkan proses ciptaan Allah!
Setelah bongkah tadi siap, proses mengukus bongkah cendawan selama 8 jam pada kadar api bara yang sekata. Dibiarkan selama semalaman di dalam tong, kemudian di pindahkan ke dalam bilik injection benih.
Bilik injection benih memerlukan lampu yang bersesuaian seperti lampu uv yang boleh membunuh spora. Jika membuka lampu tersebut, elak dari berada di dalam bilik tersebut.
Proses injection benih amat mudah. Jika 100 bongkah ok lagi. Jika bagi 30000 bongkah satu hari, memang gila juga nak inject benih. ehhehe :)
Selepas injection benih, di pindahkan ke proses memeram selama dua bulan. Jika tadi pada luaran bongkah dapat di lihat gelap saja, setelah proses memeram. Bongkah akan bertukar pada warna putih. Itu menunjukkan benih cendawan.
Selepas proses memeram, baru di pindahkan ke dalam rumah hasil cendawan. Nantikan cendawan itu membesar dengan sihat. Pastikan cuaca di rumah hasil lembab dan bersih untuk mendapatkan kualiti cendawan tiram kelabu.
Hasil yang di petik kami. Sessi akhir yang menampakkan balik keceriaan setelah penat seharian menuntut ilmu dalam kepanasan. hehe. Dapat petik cendawan, happy nya kemain lagi.
Haa korang ! Apa lagi, permintaan cendawan amatlah tinggi. Cepatlah menceburkan diri. Aunty dan uncle saya dah beli pon bahan keperluan menanam cendawan. Tunggu nak jadi pelopor jutawan cendawan Brunei sahaja. hehe Insya Allah. Dengan azam dan cekal, pasti boleh berjaya.
P/s: Orang berjaya, dia mula sesuatu , dia akan buat sampai habis. Jangan terhegeh- hegeh.
Thank for reading this entry !