Aimaan Ahmad: July 2018

Pages

Jul 22, 2018

Berseri Lagikah Wajah Saya


                   

Hi, Assalamualaikum :) Urghhh perasaan macam baru terjaga dari mimpi yang panjang bila baca tajuk posting hari ini. uh uh. Kadangkala bila Aiman sendiri offday staying at home for so long, I forgot to dress up. Tengok cermin pon rasa tidak bersemangat. 
SO TO GET THAT PREPARATION TO MYSELF, AIMAN KONGSIKAN BEBERAPA AKTIVITI SAYA LAKUKAN UNTUK 'MAINTAIN' SERI GITU.

Ramai wanita terlupa memberi priority pada diri sendiri apabila sudah mempunyai keluarga atau yang sudah sibuk bekerja. Senang cerita mereka amatlah berkorban sehinggakan tidak sempat untuk cakna tentang kegembiraan dan kepuasan hati sendiri.

Weekend come again !

Why not, girls spend time on yourself few hours just to rebuild energy, to enhance your inner beauty and feel better than yesterday.

Aiman memang seorang yang akan spend time for myself.
Haha banyaklah ‘me time’ kadangkala bukan lama pun, just nk upgrade energy dan boleh continue kerja lebih teratur. Gitu ! ðŸ˜‰

On weekend, saya suka rendamkan kaki dengan Magnesium Flakes kerana its so relaxing. Lenguh kaki for a week tu seolah hilang dan for your information, magnesium flakes bagus untuk melegakan tekanan, mengurangkan insomnia, membuang toksin, melancarkan perjalanan darah dan menambahkan oksigen.

Thats whyyyy I feel better selepas rendamkan kaki kat dapur haha sambil kunyah makanan ðŸ¤£

Next tips, saya boleh consider diri saya health freak sometime ha ha...tapi tidaklah sampai macam obsession. Normal rutin dari segi supplemen, memang saya ambil spirulina, vitamin c dan omega 3.

Ketiga tiga supplemen ini memang sangat minimalist dah. Wise spending good all aspect.
Spirulina - kandungan multivitamin natural boleh bantu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh.
Vitamin C - meningkatkan tahap imunisasi dan mengandungi antioksidan
Omega 3 - untuk minda yang lebih cergas dan tajam.

Actually simple sahaja supplemen tu, normal taken pada ramai wanita kat luar sana. Ada orang kata, kau tak cantik hanya ada dua sahaja sebab ?
Sama ada kau malas atau kau xde duit .. ðŸ˜† Macam betul jugak !
Okay janji last tips, sebab dah karang panjang nanti orang bosan nak baca ðŸ˜Šhehe


Cari satu hari untuk korang nikmati keindahan alam. Tanamkan rasa syukur rasa menghargai rasa hidup ini penuh dengan positif side.
Jangan lupa diri awak ! Boleh sahaja pergi beramai ramai atau berkeluarga, as long as you allocate your time for that moment.
Best , cubalah amalkan tips ni ❤️

Redeem Coupon Cosway


Hi, Assalamualaikum ! :) Weekend come again ! Eventhough its weekend, Aiman terasa mahu merayau rayau sekitar Ipoh tetapi sesungguhnya bila ke sana, I will ended up staying at Cosway Taman Karking for the whole day. Still okay because I love what I'm doing so that, I don't know what bored means.

Semestinya melayan kastemer di Center antara my excitement part, maybe I'm talkative. so, saya suka berkongsi pengetahuan mengenai supplemen dan saya akan rekemen produk yang bersesuai dengan mereka.

Syukur Alhamdulillah , dulu cita cita nak jadi doktor, marketing exec, model, pensyarah. Akhirnya aturan Allah lebih baik , saya menjadi usahawan. Jadi semua cita cita tercapai ha ha..


The best marketing plan in our business is, you're smart consumer and you also smart earner. 

Setiap pembelian barangan Cosway , korang boleh mengumpul kupon. Setiap pembelian barangan Cosway, korang boleh terima bonus. How great it is.

Persoalannya bagaimana caranya saya mendapatkan kupon tersebut ?

Setiap pembelian RM 35 , you will entitled 1 kupon. If you' ve shopping with us more than RM 180 in a month , you will entitled for 5 kupon and you got EXTRA 8 KUPON !!

THAT'S GREAT GUYS!! shortcut to be coupon collector.






Selepas beberapa tahun saya dengan Cosway, boleh dikatakan barangan di dapur semuanya dari hasil redemption coupon. Bertapa saya rasa bersyukur kerana mengenali jenama yang diyakini sudah berada di pasaran selama 39 tahun ini. Masa itu Aiman pon tak lahir lagi hehe :P

Kali ini saya berhajat untuk tebus dua items di bawah ini. Yang pertama, Xiaomi Miband 2. Nampak macam satu jam yang cool, kan ! ahaks. Okay for this item , I need 89 coupons to redeem.

SO I WILL COLLECTING COUPON SINCE TODAY ONWARD TILL COMPLETE. THEN REDEEM !






Second item , adalah large bean bag chair. Color red. Baru terang nampak bila letak di ruang tamu, dan its gonna be my special chair to watch movie, don't anyone dare to sit on it. ha ha suddenly I become cruel. To redeem this item , I need to collect 83 coupons. Yeah !!! YOU CAN DO IT !



Anda ada dua pilihan untuk menebus setelah berlungguk kupon terkumpul.

1. Boleh directly redeem online on website www.cosway.com.my

2. Boleh walk in any cosway store, dan ask them to place order with proven, coupons had collected.

Saya sertakan link nak jenguk katalog redemption, mungkin selama ini korang sudah menjadi membership cosway tetapi korang tak aware pun tentang kewujudan keistimewaan kelebihan sebagai ahli.

LINK ----->  REDEMPTION CATALOGUE

Aiman harap sudah pun membantu korang dapatkan guidance bagaimana seorang penggemar barangan cosway obses dengan kupon !! Yang lawaknya, jika seorang makcik kena rompak, semasa report di police station, makcik boleh lupa jumlah duit yang dia ada, tetapi dia boleh ingat jumlah kupon yang makcik ada. ha ha.... coupon is so valuable thing nowadays !

BLESSED COSWAY TAMAN KARKING !!


Raya 2018 In Kedah


Hi, Assalamualaikum ! :) Pernah alami hari pertama bulan jatuh ke riba ( period time ), badan terasa lemah dan katil kerap sangat memanggil manggil. Tiada beza macam kuku dan isi, sentiasa melekat.
Aiman mahu juga buat something semasa baring, jadi menulis blog satu perkara faedah berbanding melihat kipas berputar 360 darjah tanpa henti huhu

Sebenarnya satu perkara saya terlepas bulan Syawal lepas, iaitu menampal memori dalam blog ini sebagai kenangan. Sebelum itu , Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin , korang !! Dengan harapan Raya kali ini begitu bermakna, mengeratkan silaturahim yang lama terpisah setahun sekali berjumpa dan berseronoklah bersama keluarga tersayang muah ! Ops, terlepas. Maklumlah mood period hormon terlebih terkeluar my manjaness. 


Sejak lahir Raya pertama saya mesti berada di rumah tok sebelah mak. Hanya Tok Fatimah sahaja masih tinggal, Tok dan Tokwan yang lain telah kembali kerahmatullah. Jom kita sedekahkan Alfatihah untuk mereka. Alhamdulillah :) 

Kebiasaannya Raya kami lebih kepada menjamu selera dan berbual bual sehingga tak boleh bergerak kemana mana. Semua sepupu akan bertegur sapa, dan cara menegur tu pasti sama setiap tahun. sighhhh.

" Along, bila kau nak besar ?,'' mesti itu soalan yang sama kian berulang setiap tahun.

Well, jawapan steady saya." Tunggu Along kahwen esok !" ha ha.

" Haaa bila Along nak kahwen?," aduhhhhh saya bagi peluang mereka bertanya soalan seterusnya. ha ha . Masih belum terlepas lagi soalan yang sama setiap tahun.

"Kita tunggu cuti sekolah lahhhhhhhh'', balas saya sambil cepat cepat buat sibuk kt dapur. :D peace* 



Aiman seolah ada twin sibling , padahal kami kakak dan adik. Malangnya adik saya sentiasa di teka sebagai kakak. Kesiannnnn , saya mampu buat muka simpati . ( Dalam hati ketawa berdekah dekah ) haha

Gambar kami ini sebagai kenangan berphoto , girl ketinggian 150 cm vs lelaki ketinggian more than 175cm. Kononnya macam arnab yang comel bersama zirafah yang tinggi lampai tak hairankan orang bawahan.


Sweet photo of us !


Meluangkan masa bersama keluarga sentiasa rasa gembira. Setiap kali berjumpa penuh dengan gelak ketawa sehinggakan lupa sekejap perihal kerja  yang takkan habis. Masa berlalu tersangatlah pantas, hari raya bertemu hari raya bagaikan menyelak helaian buku. Sangat cepat tak terasa. Kadangkala timbul juga rasa bersalah sebagai anak, tidak meluangkan masa bersama lebih dengan keluarga atas kekangan masa berkerja.


Bila fikirkan suatu hari nanti saya pasti akan menikah dan mempunyai keluarga sendiri. Di waktu itu pasti lagi bertambah komitmen masa dan perlu bijak membahagikannya.

Aiman berharap suatu hari nanti Allah hantarkan seorang insan yang sangat penyayang dan penyabar melayan kerenah saya yang kadangkala comel dan kadangkala garang macam kucing sakit nak beranak. ha ha.

Walaupun saya begitu, saya akan tetap akan setia menantinya, dan saya akan selalu mencipta memori terindah kita. ouch. Am I too emotional now? haha blame period hormones**


Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign