Aimaan Ahmad: Pengalaman Berharga Bercuti Atas Costa Atlantica Cruise

Pages

Jun 28, 2018

Pengalaman Berharga Bercuti Atas Costa Atlantica Cruise


Hi, Assalamualaikum :)

Jumpa lagi kita sharing sharing story ... Kali ini special sangat, sampai saya tak termampu untuk berkongsi dengan kata kata... Gembiranya tu macamana kan ! Tetapi jika saya tidak menulis cerita ini, rasa tak cipta memori kekangan di hari tua hikhikhik.....

Awal tahun 2018, saya akan combinekan semua gambar wish list setahun.
Salah satu gambarnya adalah percutian di atas cruise. Masa itu tak langsung dapat gambaran macamana saya boleh berpeluang naik cruise dan bercuti tanpa berfikir tentang kos. 

Nak dijadikan cerita, rezeki datang pada waktu yang tepat dan tidak salah alamat. Dalam proses saya dok mengajak kawan untuk travel, pihak Cosway memberi reward percutian di Costa Atlantica Cruise which meet point di Shenzen.

Alhamdulillah... my dream come true! Malah saya tak perlu spend a lot of money for this holiday.


Perjalanan di atas cruise selama 4 hari 3 malam.. dan kami menuju ke Danang, Vietnam.



Tiket saya economy class. Tetapi saya dapat bilik tingkat 8 which saya rasa sangat happy sebab melihat view dari balkoni. 

Almaklumlah ini pengalaman kali pertama, jadi saya begitu jakun terkinja kinja berphoto. Rasanya jalan sekejap dah nak bergambar. Excitednya mashaAllah :) 






Ini gambar di bilik saya. Lihat ada balkoni. Bilik saya untuk 3 orang.

Nikmat yang tak boleh di lupakan dalam bilik ni, semasa tidur dan semasa bangun pagi. 

Waktu tidur cruise mainkan musik alpha wave which tidur saya berkualiti. Langsung tak sedar.... best sangat ! Rindu nak dapat tidur macam tu lagi. hahaha

Bila waktu pagi, saya bangun dalam keadaan sangat segar dan ada bunyian desiran ombak yang menghempas kapal.... Ya Allah best sangat ! Sangat menenangkan...rileksss....

Bila buka pintu di balkoni... angin sejuk terkena di wajah...

bestnyaaaaaaaaaaa.

Saya feeling.... yeahh! saya nak honeymoon lagi sekali atas cruise..
my soulmate must feel this... :)




Home shoes pon saya nak ambil gambar hehe. kenangan tuuuuuu....

First day on board, kami di beri briefing mengenai safety dan emergency guide.

sebab itulah pakat bawa life jacket tu.

Semua orang di wajibkan keluar dari bilik dan ikut latihan.





I am proudly saying that, this is the best experience I ever had in .. 
Berjaya Group !


Photo ini saya ambil waktu pagi... cantiknya subhanallah! Rindu nak naik lagi.. haha.. saya ni nak kongsi pengalaman, tapi asyik rasa rindu sahaja masa type blog ni...






Gambar saya di hadapan pintu bilik hehe 




Pecah rekod hidup ! During this holiday... saya berjaya menaikkan berat badan sebanyak 5 kilos. hebat hebat?.... haha..

Mana tak nya wehhh... setiap masa makan 6 kali.. setiap kali makan, ambil makan berpinggan pinggan.. semuanya fresh food dan sangat sedap..

Buahan makan banyak setiap msa, sebab tu agaknya menggalakkan selera makan meningkat mendadak...

Korang bayangkan perut aiman yang selama ni makan breakfast roti sekeping..

meningkat menjadi sepinggan roti, bubur lagi.. dan buahan sepinggan..

itu breakfast okay !


Bila lunchhhh... saya makan mcm saya tak pernah makan.. haha... harimau keluar dari sangkar.

selepas makan.. saya meronda sekitar cruise dan balik tidur.. nikmatnyaaaaaaaaa!







Keesokan harinya, kami ada opening ceremony sempena Berjaya Celebration Excellence. Ada banyak persembahan dari seluruh negara.

Reward ini di peringkat antarabangsa, which cosway distributor dari seluruh dunia akan join this holiday.

So ada masanya,... saya macam cakap dengan itik dan ayam. susah betul nak berkomunikasi. haha





Tengok makanan breakfast saya ! haha



Ruang dining 



Waktu malam saya hanya berehat di balkoni melihat bulan dan bintang. Udara dingin malam menyentuhkan pipi terasa begitu nyaman sehinggakan saya tak sedar hari semakin lewat malam.

Saya hanya berbual dengan teman sebilik dan kami berkongsi cerita ups and down dalam perjalanan perniagaan ktorang. Untuk pengetahuan korang , 2018 merupakan tahun ke empat saya dengan Cosway.

Alhamdulillah setiap saat saya lalui amat berharga dan saya bersyukur mengenali bisnes ini.


Mujur kami bawa roti dan sambal shrimp cosway. Boleh makan puas puas !

Walaupun duduk di tengah lautan , saya tetap jugak boleh menggodek facebook dan instagram :)

uishhh mujur ada wifi. Rasa tak boleh hidup tak update sosial media haha....





Ini gambar di tengah main stage atas cruise. Very nice kan.....


Pada hari kedua, kita tiba di Port Danang, Vietnam....



They 're from China rasanya... lupa dah haha.. Saya masa tu ramai betul minta nak bergambar sebab hanya 3 orang peserta sahaja muslim berhijab. Jadi menjadi attraction bagi dorang untuk bergmbr.haha.

Lawak pulak,... jalan je orang minta bergmbar...

Sebenarnya panjang lagi perjalanan percutian Costa Atlantica ni... Jadi terpaksa saya buat part kedua...

Kita stop sampai sini dulu ya.. to be continued!

No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign