Aimaan Ahmad: December 2020

Pages

Dec 19, 2020

Khasiat Sarang Burung Perlu Diketahui oleh Wanita

 Hye, Assalamualaikum wrt !:) 

Jumpa lagi selepas berbulan tidak menulis di sini. Sebenarnya terlampau banyak story nak dikongsikan di ruangan blog missaimaan bagi tahun 2020. Banyak cerita manis dan indah harus menjadi kenangan di hari tua. Hari ini Aimaan akan kongsikan tentang kebaikan dan khasiat pengambilan sarang burung setiap pagi terutama sekali untuk wanita. Almaklumlah usia Aimaan tahun ini sudah mencecah 30 tahun ++, semestinya saya mula mencari cara untuk mengekalkan gaya penampilan dan kecerdasan badan sewaktu di usia 20 an. 

Sebelum Aimaan terus menulis disini, Aimaan nak cerita yang saya telah pun minum sarang burung, ginseng dan white fungus selama seminggu. Itu pun setelah membuat banyak bacaan dan mengalami sendiri kesan minum sarang burung. Jadi perkara baik dan nais nais ni kita tak sabar nak kongsi dengan ramai orang hehe 


Macam ini rupa packaging botol sarang burung tu. Jenis kaca. Haaa kalau beli banyak jenuh juga nak mengangkutnya. So satu kotak ada 6 botol. Jadi nak kena beli 5 kotak untuk minum sebulan hehe :)

Sarang burung sememangnya sudah mendapat perhatian ramai, bukan sekadar supplemen tambahan malah ia juga di jadikan bahan produk kecantikan seperti serum dan skincare. Bagi peminat bahan alami, pasti menyukai cara mereneh sup sarang burung dan di campurkan dengan bahan lain seperti kurma merah, gula batu, fungus, ginseng dan sebagainya. Jika tanya Aimaan, hehe saya sedikit malas untuk menyediakan semua bahan ini, jadi saya beli siap terus mudah di simpan dan di bawa kemana mana. 


Khasiat Sarang Burung untuk Kecantikan :

  • Menganjalkan kulit muka
  • Mencerahkan dan memulihkan kulit muka
  • Kedut wajah akan beransur pulih
  • Bersifat antioksidan jadi wajah akan bebas dari radikal bebas
  • Mengurangkan iritasi kulit
  • Membaiki tisu kulit dengan cepat


Khasiat Sarang Burung untuk Kesihatan :
  • Melancarkan perjalanan pembuluh darah, menambahkan selera makan dan membaiki saluran pencernaan.
  • Mengurangkan dan mencairkan kahak malah boleh melegakan batuk.
  • Bagi ibu mengandung, sarang burung boleh mengurangkan sakit lebam di punggung dan menguatkan paru paru bayi yang di kandung.
  • Sesuai untuk membaiki luka dalaman seperti luka bersalin.
  • Meningkatkan daya tahan badan dan menguatkan urat dan tulang jika pengambilan secara teratur 
  • Boleh membantu penyerapan nutrisi pada kanak kanak
  • Dapat mengurangkan kesan nikotin pada badan dan mencegah serangan barah
  • Menggalakan penghasilan kolagen secara semula jadi dan menjadi agen terbaik untuk melambatkan proses penuaan.

Khasiat Ginseng :
  • Menghilangkan symptom panas
  • Mengurangkan tekanan
  • Meningkatkan imuniti badan
  • Membekalkan tenaga
  • Mengurangkan batuk

Khasiat White Fungus :
  • Melembapkan dan mencantikkan kulit
  • Mengurangkan masalah sembelit
  • Mengurangkan masalah paru paru bagi perokok
  • Mengurangkan batuk

Seminggu selepas minum sarang burung, badan terasa lebih bertenaga, wajah kelihatan ceria dan tidak kusam. Alhamdulillah, I think I've made right decision to consume bird's nest for this time being. Well, Aimaan kan mahu melambatkan proses penuaan dan mahukan kulit muka yang toink toink hahahahaha :)

CARA MEMASAK SARANG BURUNG SENDIRI

  1. Basuhkan sarang burung dengan bersihnya sebanyak 60 gm
  2. Sediakan gula batu 6 sudu
  3. Sediakan 2 cawan air
  4. Renehkan terlebih dahulu sarang burung dalam air dididihkan.
  5. Bilas sarang burung dan letak dalam periuk lain untuk masukkan 2 cawan air dan gula batu 6 sudu.
  6. Kacau sebati dan hidangkan, siap !

Masih ada pilihan lain jika kita malas nak masakan sarang burung, beli sahaj direct dari Cosway. Boleh diambil setiap hari di waktu pagi. Produk sarang burung cosway adalah terbukti halal dari Jabatan Agama Islam. Insya-Allah.

By the way, terima kasih sudi meluangkan masa  membaca perkongsian Aimaan dan moga segalanya memberi manfaat serta kebaikan buat semuanya. Jumpa lagi !








Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign