Hye ! Assalamualaikum . Perasaan berwangian wangian seharian boleh mengubah mood kita , percaya tak ? Mahukan mood sentiasa lebih baik dengan menukarkan jenis wangian (perfume ) atau jenis lotion setiap hari . Teori ini suka di aplikasikan oleh orang berniaga , kerana mereka sentiasa mahu kekalkan mood dalam keadaan positif ceria dan friendly .
Saya cukup suka hadiahkan seseorang perfume /lotion sebagai tanda penghargaan . Sebabnya wangian itu boleh menjadi ingatan memori gitu apabila si penerima hadiah start memakainya . Haaaa romantic tak ?! haha . Saya mula perasaan kecenderungan minat saya ke arah wangi wangiannya sebenarnya. Lambat betol buat ujian IQ . Lagi satu saya mudah rasa happy apabila lihat barangan make up macam lipstick , blusher , eye shadow. ishk ishk Sephora tu macam playground wanita sebenarnya .
Okay berbalik pada topik kita , hari ini Aimaan nak kongsikan apakah hand & body lotion yang menjadi favourite anda ? Bagaimana ingin kenali baunya ? Dan saya pasti ramai yang sudah pun menjadi pengguna tegar selama berpuluh tahun kann!
SENARAI HAND & BODY LOTION YANG BERADA DI COSWAY
Fleur Fantasy
Baunya terasa perasaan 'sophisticated' macam pakai blazer gitu . Tekstur lembut dan ringan dengan kebaikan kranberi , hibiscus & opuntia. Kesannya ; menyerlahkan kecerahan kulit yang halus bak sifon . Boleh memperbaiki keanjalan kulit agar lebih tegang dan kental . Bab hidrasi , memang bagus . Melembapkan kulit dan tak rasa pon ada lotion melekit .
Lilan Vital No .3
Baunya ghairah dan segar . hehe . Kalau untuk feeling honeymoon , bau ni mengasyikkan si pemakai. Berkhayal . Boleh juga di pakai di waktu siang . Tampil segar . Teksturnya lembut dan mudah meresap . Apabila badan berpeluh , tidak pula mengeluarkan bauu yang pelik . Ia tidak mengeringkan dan dapat membantu mengekalkan kelembapan kulit secara berterusan .
Bioglo Snow White
Baunya seperti susu Wangi . Teksturnya pekat sedikit dari lotion 2 jenis di atas ini , focus utamanya untuk mencerahkan kulit dan melindungi kulit dari sinaran uv . Ia mengandungi SPF 15 dan fungsinya untuk mencerahkan kulit berhasil . Jenis lotion ini juga mudah serap dan tidak langsung rasa berlengas .
Bioglo Goats Milk
Baunya Wangi macam susu yang di campurkan dengan buah delima . Sejuk . Teksturnya lembut dan juga mudah diserap . Lotion badan ini melembapkan secara berkekalan up to 12 hours sambil melindungi lapisan pelindung semula jadi kulit untuk melawan kesan dari luar yang merosakkan kulit . Hasil dari pemakaian lotion , tesktur kulit lebih muda , jelas lebih licin dan gebu .
Musk Blossom
Harumannya mempersonakan . Dan ramai peminat kepada wangian musk blossom . Lotionnya halus dan tidak berminyak mudah diserap dengan cepat . Lotion ini boleh melindungi dan melembapkan kulit dengan vitamin e dan emolien .
Fleur Exotic
Wangian yang ni kuat sikit , tapi feeling spohisticated . Bukan bauan yang lembut . Ramai wanita suka wangian ini kerana sukakan penampilan konfiden . Saya juga kadangkala switch to this fragrance . Bestnya lotion jenis ini easily to absorb , langsung tak melekit . Even berpeluh takda mengeluarkan bauan hamis apabila combine dengan wangian ni.
Rseries
R series lotion terdapat 2 jenis , ultra rich r series dan r series sahaja . Keduanya mempunyai wangian yang sama , yang membezakannya adalah kuat sikit . Basicly pelanggan tak kisah pon antara dua jenis ni , sebab offer berbeza setiap bulan . Jadi mereka membeli pada yang mana offer . fair & square , haha ! Saya paling suka lotion ni pakai selepas mandi , fuh wangian yakmat . Feeling romantik ! hihi. Jenis lotion ini mudah di serap dan langsung tak melekit . Ramai orang suka jadikan rseries set sebagai hantaran perkahwinan .
Rseries
R series lotion terdapat 2 jenis , ultra rich r series dan r series sahaja . Keduanya mempunyai wangian yang sama , yang membezakannya adalah kuat sikit . Basicly pelanggan tak kisah pon antara dua jenis ni , sebab offer berbeza setiap bulan . Jadi mereka membeli pada yang mana offer . fair & square , haha ! Saya paling suka lotion ni pakai selepas mandi , fuh wangian yakmat . Feeling romantik ! hihi. Jenis lotion ini mudah di serap dan langsung tak melekit . Ramai orang suka jadikan rseries set sebagai hantaran perkahwinan .
Aimaan nak kongsikan pulak apa feveret lotion aiman? Okay saya tulis mengikut ranking ya ! Paling saya suka , kira no 1 lah . Saya suka Fleur Exotic . Sebab wangiannya lembut , harmoni , rasa tenang jer. Teksturnya memang puas hati langsung tidak melekit dan rasa rimas . So pakai di waktu siang pon masih okay sesuai .
Feveret lotion yang kedua saya suka adalah Rseries . Well normal lah semua orang suka jenis wangian ni. Sebab ia rasa segar , rasa hari pertama reset daily , rasa eksaited . Teksturnya juga sama langsung tidak melekit dan menyenangkan . Kalau sebekas lotion ni boleh tahan sebulan je la , kalau setiap malam lepas mandi akan lulurkan lotion di badan dan di tangan , fuh bilik ber-aircond pulak . Memang tidur nyenyak ! hihi
Okayyyy sekarang lotion feveret saya terakhir adalah goats milk . Wangiannya seperti susu . Kenapa saya suka bau susu ni , sebab hasil dari goats milk lotion ni , kulit terasa sejuk lembab sangat . So korang takkan ada masalah kulit kering . Teksturnya sama juga seperti lotion lain , mudah di serap tak melekit dan pada saya ia sesuai di pakai waktu malam , waktu dingin. Kerana bila bercampur dgn peluh , wangiannya sudah tidak sama :)
Yeay ! Finally dapat juga saya share feveret lotion yang kita ada . Hihi . Biasanya pelanggan di cosway yang membeli secara online akan lihat gambar di INSTAGRAM COSWAY PERFUME . So di sini lebih mudah mereka nak order by set , kadangkala ada yang membeli untuk hantaran . Mungkin hantaran aimaan suatu hari nanti letak set wangian cosway jugak ! hihi. I hope korang enjoy reading this entry ! See you lagi next post. Daaa~