Aimaan Ahmad: 2017

Pages

Dec 23, 2017

Collagen Plus Liquid Formula Atasi Kulit Kusam

Hye , Assalamualaikum :)


Okei hello. Jumpa lagi entri berkarangan panjang . Rasa terpanggil untuk update belog mengenai Collagen Plus Liquid Formula sebab RAMAI BETUL kebelakangan ini mencari , akibat terpengaruh lalui mencuba dan berkesan pada tubuh badan sendiri . Tetapi ada segelintir masih waswas untuk membuat keputusan mencuba . Kak Aiman ada je selalu mengomel di instagram @Aimaan.my , tetapi bila sekali lalu je, bukan korang sempat nak hadam semua benda kan . Kadangkala terlepas pandang lalu melupai posting saya tadi . 

Kali ini I really wanna help you making sure to decide either to try and continue to consume. Kak Aiman akan terangkan dalam satu post . Senang korang nak dapat input.

Apa itu Collagen Plus Liquid Formula ? opss mungkin ada yang masih blur blur ayam belum hadam lagi yang selama ini kolagen type yang kak aiman dok bebel di instagram itu , masa tu lah korang rasa nak ke jamban lalu tinggalkan kak aiman terkapai kapai . Mungkin masa tu la anak korang nangis lalu korang lupa nak fikir pasal penjagaan diri , Datang pulak fattah dan fazura posing bervideo dan korang spend masa kat sana .

Lalu posting kak aiman hanging there . sobs :( 




Collagen Plus Liquid Formula adalah:

Formula ajaib khas untuk kaum adam dan hawa yang mendambakan rasa yakin diri dan kelihatan segar cerah berseri seri . Yang siapa dah cuba , lepas itu curang pasti akan datang balik rujuk semula . HAHA.
Yang kulit kering macam kulit kacang kembali lembap berseri . Yang hitam kusam lalu nampak sinar cahaya menerangi . Yang sudah putih , kelihatan seperti bersih dan cantik. Itu tak kira janda pasang badan lagi , memang cantik.


Produk itu macam mana :
Dalam satu box , ada 10 botol Collagen Plus Liquid Formula yang rasa sedap macam laici. Boleh buka penutup botol dan terus telan. Collagen Plus amat mudah di bawa ke mana mana. Lagi satu hal , minum sahaja terus tanpa perlu kemam atau hisap. atau minum bersama air. Rasanya sangat sedap , tambah pula simpan dalam peti ais. Setiap pagi setiap hari pasti korang akan eksaited untuk minum Collagen Plus. Seyes Kak Aiman cakap ni. Tiada rahsia lagi.


Pastu dalam Collagen Plus Liquid Formula ini ada bahan power power dan kualiti bahan tinggi dan aktif. Jika saya nak makan melalui raw food , mati lanak nak ingat semua jenis makanan macam salmon , pastu nak detoks hati bagai. Tak sempat cerita dia. So kak Aiman pilih jalan short cut sahaja dengan consume sebotol collagen plus setiap hari. Phew hasilnya tiptop.




Collagen Plus mengandungi 3 bahan : .


  •  5500mg Peptan Tuna Collagen ( ketegangan & keanjalan )



Sumber kolagen berkualiti dari Perancis , dengan kandungan hidroksiprolina , glisina dan prolina yang lebih tinggi - bahan utama ini merangsang sintesis kolagen . .
Saiz molekul peptan tuna yang kecil memastikan ketersediaan bio yang lebih baik agat kesannya terhadap kulit dapat dilihat lebih ketara .

  • Glutathione ( mencerahkan )
Glutation kohjin mencegah pigmentasi yang menjadi punca bintik bintik hitam dan tona kulit yang kusam . Dengan ketersediaan bio yang terbukti , ia lebih berkesan mencerahkan kulit berbanding vitamin c .

  • Ceramide ( lembap & gebu )
Seramida Oryza dari Jepun , sumber seramida yang lebih berkualiti untuk mengekalkan keutuhan lapisan perlindungan kulit serta mengembalikan kelembapan dan seri kulit! Is berupaya menyimpan lembapan secara semula jadi agar kulit nampak lebih segar sepanjang hari .





Saya teringin nak makan , tetapi HARGA macamana ?:

Ramai orang suka menjangkakan harga mahal tak setanding dengan kolagen luar sana yang murah dan kesan haram tak nampak lagi. Please darling ! Why you still nak makan something that you assume murah sedangkan u had tried it many times without result . meh (^_^) Pada kak aiman harga retail sekotak RM 175 , sangat mahal . Tetapi please jika korang usha sahaja , tanpa terus contact directly untuk consult. Korang takkan tahu special offer yang kita boleh dapat.

Silap silap banyak freegift korang dapat. Jangan bimbang walaupon korang kata masih belajar , tetapi ingat ni. What do u think , you will get. Takkan kita still sanggup lihat diri yang kusam , sedangkan kita sudah tahu ada sesuatu yang boleh membantu. Harga sangat berpatutan , dan ada set khas untuk pengguna setia. Jangan banyak fikir to try. Daripada kita duk baziaq baziaq try so many thing , end up kita still buka google what else to try. Hello as per i told you kat atas tadi , produk ajaib in once dah cuba akan datang balik.



Saya berkira untuk cantik ... sebab BETUL KE BERKESAN?:

Tak apa kak aiman masih faham kenapa korang rasa konfius lagi. sebab korang belum cuba minum. I really konfiden dengan this product dengan kuantiti kolagen 5500mg , konsisten ambil sangat membantu menghasilkan kulit yang lembap. Kulit lembap barulah make up jadi cantik.


Okay saya dah beli dan konsisten ambil , ini HASILNYA:



Okay disini Kak Aiman kongsi personal experience terus,..... 

KakAiman memang suka travel dan pastu muka akan mudah sunburnt sampai malu nak bertemu sesiapa. Punyalah lambat nak hilang sunburnt macam kaedah alami kita cuba buatkan. Sudahlah saya ini berniaga produk kecantikan dan kesihatan , sentiasa datang center untuk check masalah kastemer. Tetapi jika masalah saya pon tak selesai lagi, korang rasa macamana saya nak bagi advice pada orang lain.

Kejap siot muka kita akan gelap , bila terdedah dengan uv matahari. Tambah pula berjalan dikawasan pantai naik bot meronda pulau. ASTAGA.. gelap ya rabbi. Seperti ayat cliche ramai seller kolagen, if you makan kolagen ini dapat menghilangkan dark circle, mencerahkan kulit, pipi kemerahan bak baby, tompok cela di ketiak peha semakin pudar. urghhh dulu pada saya ia begitu cliche dan annoying sangat . Tetapi bila kita sendiri ambil colagen , yes it proof that I rasa semua tu. Semua perihal sosok tubuh terasa perubahan ketara.

Untuk tubuh badan pulak , I cant even know what time I fall asleep semalam dan nyenyak betul. Antara perkara KakAiman suka adalah memiliki tidur yang berkualiti dan bangun tidur dalam keadaan cergas dan bertenaga. ( I really satisfied with this result). Korang tahu ke kawasan mana yang banyak kolagen , pipi , punggung dan dada. Aduh salah satu kelemahan jual kolagen ini , tak boleh nak nak cerita tahap keanjalan dan apatah lagi nak tunjuk bukti gambar di sini HAHAHA. Kak Aiman harap wanita especially yang mencuba Collagen Plus Liquid Formula ini, cuba amati perubahan positif pada tubuh badan anda setiap hari. Geram dengan tubuh sendiri. Tak tahu nak share cemana.Tambah pula, korang bakal jadi pengantin. Hey , check tahap keanjalan punggung tu HAHA. Check juga boobs tu kahkahkah.. okehhh kak aiman melalut.







Dalam usaha kita bersama ambil colagen berkualiti, jangan dilupa juga minum air 2-3 liter setiap hari. Badan kita juga amat perlukan air untuk proses penghadaman. Minum air ini tak kiralah sama ada korang ini pengamal supplemen atau tidak. Dua dua wajib ambil air kosong ya!

Kak Aiman sedar yang saya sudah pun kurus. Tak ada masalah dengan metabolism.Jadi , sentiasa lawas sahaja. Cumanya saya sangat happy bila kurus , tetapi part lain kita puas hati. muahaha. Hanya wanita yang faham. kahkahkah.Honestly , I MEMANG SUKA KOLAGEN BERADA DI TEMPAT TEMPAT YANG PERLU TU. I LOVE MY BODY SHAPE. Nak kahwin mak? eh.




Akhirnya bila dah baca semua sharing di atas, meronta sangat nak cuba dan tak sabar nak rasai keberkesanannya. Saya nak cuba COLLAGEN PLUS LIQUID FORMULA. Hanya whatsapp admin di bawah , inshaAllah terus dilayan dengan penuh kasih sayang . :) 


Dec 22, 2017

Kelebihan Dan Rahsia Madu Acacia


Hye , Assalamualaikum (T_T)

Saya lihat ramai orang keliru tentang madu , dan hari ini saya nak kongsi tentang madu acacia . Kebiasaannya kita lebih mengenali madu kelulut dan madu tualang. Tetapi kali ini , meh saya cerita sedikit mengenai madu acacia . Sebenarnya madu acacia antara madu terbaik di dunia dan khasiatnya menyamai dengan madu kelulut dan madu tualang .


Madu ? Sejenis cairan manis yang dihisap lebah dari pelbagai jenis nektar bunga dan di masukkan ke dalam perut lebah . Kemudian ia di proses oleh lebah menjadi madu melalui proses enzim yang menghasilkan sejenis gula dipanggil glucose dan fruktose.

Madu kaya dengan vitamin A, B , C dan asid folik .Madu juga mempunyai sifat antibiotik semulajadi dan enzime katalase mampu mematikan bakteria . Madu juga berfungsi sebagai anti oksidan pada tubuh badan kita .




Rata rata penganut agama Islam yakin dengan khasiat madu sebagai sumber pengubat penyakit yang dialami kita . 


" .....dari perutnya ( lebah ) itu keluarnya minuman ( madu ) yang bermacam macam warna , didalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan manusia ..". -Surah Lebah , Ayat 67  



Dari Ibn Abbas dari Rasulullah SAW .: " Kesembuhan dari penyakit itu dengan melakukan tiga hal ; berbekam , minum madu dan dibakar denagn besi panas. Tetapi aku melarang umatku membakar dengan besi panas itu ". HR Shahih Bukhari .



Madu Acacia Cosway 100 % organik dan  madu asli daripada Acacia Mangium Rainforest Tree dari Borneo. Produk madu acacia cosway tiada bahan kimia dan ia di packing dengan suhu yang rendah bagi mengekalkan tahap warna dan rasa madu tersebut . Madu ini mungkin akan crystallize, tetapi ia tidak akan mengubah kualiti . Jika terjadi begitu , biarkan pada air panas.


Madu Acacia ini juga mengandungi vitamin , minerals, enzymes , dan prebiotik. 


Antara kelebihan mengambil madu yang boleh dirasai :


  • Membantu melindungi badan daripada bakteria jahat
  • Menguatkan sistem imunisasi
  • Mengekalkan tahap kesihatan sistem penghadaman dan pernafasan
  • Membantu meningkatkan tenaga
  • Memudahkan proses detoksifikasi



No artificial flavouring, sweeteners, colouring or preservatives. No antibiotic residues, pesticide restidues, heavy metals and microbiological contamination.

Madu Acacia Cosway terjamin halal Malaysia dan kita juga mendapat pengiktirafan organik produk . Ternyata anda tak perlu lagi risau mencari produk madu asli melain membeli sahaja dari Cosway . Jika mahu beli secara online juga boleh , dapatkan no tel di bawah dan terus whatsapp admin ya ! :)

Macam Aiman suka campurkan madu dalam smoothie minum sarapan pagi , semata nak mengekalkan tahap tenaga berkerja sepanjang hari. Kadangkala urusan kerja tu sana sini , Aiman amat perlukan something to drink that can give energy to me . 


So saya buat la smoothie . But this time , saya tak kongsikan lagi resepi . Next posting blog ya ! Tunggu update saya . 








Sep 26, 2017

Klorofil Minuman Beroksigen & Beralkali Untuk Seisi Keluarga




Hye, Assalamualaikum :)

Tabiat saya setiap kali Aiman merasai kebaikan produk , pasti orang pertama yang akan mendengar celoteh saya adalah pembantu saya . Mereka lebih fokus dan beriya beri perhatian mendengar perkongsian saya , lalu terus mencuba .

Kali ini Aiman nak kongsikan pengalaman dari pengambilan AIR KLOROFIL yang selama ini telah diketahui ramai tentang kebaikannya . Ya , air klorofil seolah minuman wajib berada dalam setiap peti ais di setiap rumah . 

Baru ini saya bagi tahu pengalaman saya dan kastemer sebelum ini kepada pembantu saya , since mereka melihat sendiri direct testimoni kastemer walk in ke cosway , saya tak paksa mereka ( pembantu ) saya membeli , tetapi sekali mereka beli 7 botol . 

Semangatnya , eh ini dah mengalahkan saya pulak :)

Selepas dua minggu , saya bertanya kembali kepada pembantu yang sudah ambil air klorofil . Memang saya nampak mereka bawa bekal ke office selalu sebab nak tahu juga apa feedback .

Salah seorang dari mereka berkongsi sekarang jadi senang tidur dan mendapat tidur yang berkualiti . Saya pon bertanyalah," Jadi macamna tu ?" .

" Saya tidor langsung tak sedar apa pun akak ! Sebelum ini masa tidur , akan selalu terjaga di tengah malam .. Macam terkejut ", Pembantu saya memberi respons macam tu .

Sememangnya saya mengakui feedback begini akan di rasai oleh pengguna yang mengambil air klorofil .

Kerana apa ???

Air klorofil boleh menstabilkan ph level dalam badan yang mana air klorofil ini bersifat alkali . Seperti korang tahu , setiap hari kita pasti akan makan nasi , mee , roti anything yang bersifat acidic . Jadi sifat asid yang berada dalam badan kita ini akan mengakibatkan badan keletihan dengan cepat , tidur terganggu , mudah mengantuk selepas makan , dan ada beberapa lagi kesan dari terus membiarkan badan berlevel asid .

Saya pon tanya lagi kepada pembantu ," Lagi apa yang awak rasa selepas minum air klorofil ?" 

" Kak , penghadaman jadi lancar . Jadual waktu membuang samam je setiap hari . Kalau tak sebelum ini , seminggu sekali je kak ".


Tersenyum saya bila mendengar feedback macam ini dari my own assistant .

Eventhough sebelum ini sudah ramai kastemer yang berkongsi sendiri kebaikan air klorofil .







Saya buatkan hidangan air klorofil untuk tetamu , actually rasanay seperti minum air kosong sahaja. Tiada rasa pahit , manis , masam pon .


Liquid Chlorophyll membekalkan klorofil pekat daripada daun Mulberry muda yang mudah digunakan oleh badan . Klorofil telah dibuktikan berkesan untuk ;



  • Mengurangkan keletihan mental dan fizikal yang disebabkan oleh tahap oksigen yang rendah dalam badan
  • Menggalakkan wajah yang lebih berseri dan badan yang lebih sihat dengan menyahtoksinkan badan
  • Melancarkan peredaran darah 
  • Menangani masalah nafas dan badan berbau
  • Mengurangkan panas badan dan melegakan tekak


Saya sendiri juga ada pengalaman pengambilan klorofil drink . Mulanya saya selalu hadapi mudah mengantuk selepas lunch . Diwaktu itu saya baru sahaja mula dalam bidang health & beauty . Saya mencari apakah punca saya rasa sangat mengantuk dan akhirnya saya ketahui , ia tindakbalas dari permakanan kita yang dimakan tadi . Badan kita telah kekurangan oksigen dan bahan makanan tadi masih berada pada ph level asid .

Jadi saya perlu menstabilkan kembali ph level badan saya agar tidak merasi ngantuk seperti sebelum ini . Ternyata air klorofil adalah bekalan wajib saya apabila akan hadiri short course tempoh yang panjang .

I have to oxygenated my body for whole day or I slept on the floor . haha

Selain itu juga , saya perasan langsung tiada masalah bau badan dan masalah penghadaman . Ya sebelum ini memang setiap hari pasti saya akan melabur di tandas ,tapi itu selepas makan kerana perut saya sudah penuh ( which usus saya sudah ada replacement ) . Tetapi dengan pengambilan air klorofil , saya akan start melabur di waktu pagi . Konsisten tanpa perlu paksa . haha ! 


Saya rasa pergerakan bowel di bahagian usus semakin baik . 

Syukur apabila saya sendiri dapat merasai kebaikan dari pengambilan air klorofil . Saya faham jerrr bukan semua orang mempunyai proses penghadaman yang lancar . Apabila kita berkongsi , mungkin ramai yang mendapat manfaat . Moga kita sama sama menjaga kesihatan kita agar lebih sihat fizikal dalam menunaikan ibadah harian . Amin !



Sep 22, 2017

Astaxanthin : Merawat Jerawat Teruk


Persoalan mengenai jerawat sering mendapat perhatian apabila timbul isu bagaimana untuk menjaga kesihatan kulit . Ya Aiman faham setiap orang inginkan kulit yang cantik sihat berseri .

Pada saya untuk memiliki kulit yang sihat , sememangnya berpunca dari pelbagai faktor dalaman dan luaran . 

Faktor luaran saya cerita di kemudian la ya !

Hari ini saya akan kongsi satu supplemen dalaman yang sesuai untuk kesihatan kulit .

Produk itu di namakan astaxanthin . Jika korang perasan , supplemen ini sering berada dalam packaging produk makanan tambahan seperti collagen .

Lebih baik saya buat introduction sikit , produk astaxanthin ini dari Astareal which mereka yang leading dalam mendapatkan astaxanthin terbaik .

Astaxanthin adalah produk supplemen yang kaya dengan antioksidan dan mampu memperbaiki tahap kesihatan agar lebih sihat secara optimum .

Jerawat terhasil dari segi dalaman apabila kita sering mengambil makanan berminyak dan tahap imunisasi tidak mampu melawan radikal bebas .

Sebenarnya ASTAXANTHIN ini mempunyai banyak sangat kebaikan keseluruhan tubuh manusia .
Cuma salah satunya adalah boleh memperbaiki struktur kulit yang luka dan rosak .



Ini antara kebaikan astaxanthin yang Aiman mahu kongsikan ;

KULIT CANTIK , GEBU , LICIN & BERSERI

  • Kulit yang lebih cerah dan berseri dengan mengurangkan pengeluaran melanin sebanyak 40%.
  • Pelindung sinaran matahari 'dalaman' untuk mengelakkan selaran matahari dan kerosakan kulit berada di bawah cahaya matahari sehingga 50% lebih lama tanpa mengalami selaran matahari.
  • Menggalakkan kulit yang sekata dan tanpa cela dengan pengurangan bintik bintik penuaan sebanyak 19% dalam masa 8 minggu.
  • Mengelakkan pembentukan kedutan akibat sinaran UV dan kulit mengendur , memperbaiki keanjalan kulit , kekeringan kulit dan kekasaran kulit.

KESIHATAN JANTUNG
  • Melawan aterosklerosis dengan menurunkan tekanan darah , pendepositan lipid , pemperoksidaan lipid dan keradangan vaskular

KESIHATAN HATI DAN SINDROM METABOLIK
  • Mengurangkan ketoksikan glukosa dan keradangan buah pinggang
  • Memperbaiki fungsi pankreas
  • Memperbaiki rintangan insulin dan kepekaan insulin

MENGURANGKAN KERADANGAN GASTRIK
  • Mengurangkan keradangan H.pylori
  • Mengurangkan ulser gastrik
  • Ketidakhadaman
  • Refluks asid
  • Sakit perut
  • Pedih Ulu hati 

OTAK YANG AKTIF & SIHAT
  • Mengurangkan pengoksidaan sel-sel darah merah
  • Merendahkan kejadian strok
  • Meningkatkan daya ingatan dan pembelajaran


MENAJAMKAN PENGLIHATAN MATA

  • Melegakan keletihan mata dalam 77% subjek yang diuji
  • Meningkatkannn keupayaan untuk melihat objek berdekatan (rabun dekat) dalam 65%
  • Meningkatkan penglihatan kabur dalam 61% daripada jumlah subjek
  • Menggunakan kesan antioksidan dan anti radang untuk melindungi mata daripada katarak glaukoma dan degenerasi makula yang berkaitan dengan usia .

"Astaksantin melindungi mata daripada kerosakan radikal bebas dan membantu membantutkan pembentukan katarak".
- Dr Joseph Mercola , pengamal perubatan kesihatan semulajadi dan pengarang kepada Mercola.com , laman sesawang kesihatan no .1 Amerika Syarikat .



KESUBURAN 
  • Meningkatkan parameter sperma dan kesuburan


Astaxanthin mempunyai antioksidan yang begitu kuat , tiada antioksidan lain yang diketahui dalam sains yang lebih berkuasa dalam memerangi radikal bebas!

500X stronger than Vitamin E
3000X stronger than Resveratrol
6000X stronger than Vitamin C



5 sebab untuk memilih ASTAREAL ;

  • AstaREAL telah menyokong sejumlah besar kajian keberkesanan termasuk lebih daripada 40 kajian klinikal yang dijalankan di Jepun , Sweden , dan Amerika Syarikat.
  • AstaREAL tlah menaja lebih daripada 40 laporan keselamatan termasuk sejumlah besar kajian klinikal dengan subjek menjalani rawatan yang berlangsung dari 2 minggu hingga 6 bulan.
  • Astaksantin AstaREAL telah disokong oleh pakar pakar dematologi , mata , urologi , ahli ahli terapi , endokrinologi , kardiologi , dan permakanan yang terkenal di peringkat antarabangsa.
  • Kualiti Astaksantin AstaREAL adalah berdasarkan kepakaran Kumpulan Fuji dalam industri farmaseutikal selama enam dekad.
  • AstaREAL merupakan salah satu pasukan R & D yang paling berkuasa dalam industri ini . Perkembangan kami adalah menerusi aplikasi yang unik dan perintis untuk kesihatan manusia termasuk pelbagai kejayaan yang penting.








Merton Hotel Ipoh Review


Disclaimer : This is not sponsor post .


Hye , Assalamualaikum ! :)


Ingat lagi tak Aiman pernah bagi tahu di Facebook Aiman , tiba tiba sahaja saya check in hotel kat Ipoh hasil dari pencarian Agoda.com . Kalau korang tak pernah terserempak pon posting Aiman di Facebook hari tu , meh kali ini saya betul betul bagi review mengenai hotel yang saya check in mengejut ni .

Ini dia hotelnya , Merton Hotel Ipoh .

Masa Aiman uruskan pembayaran deposit , sempat lagi saya tanya pada brother concierge tu .

" Sudah berapa lama buka hotel ini ? Kenapa saya baru tahu ?"

Dalam bertanya , Aiman masih wonder ! Kenapa saya langsung tidak tahu .

Brother tu jawab ," Hotel ini baru buka tahun ini ".

" Oh no wonder baru masuk agoda , saya booking dari sana ".


Memang tabiat Aiman bila hujung minggu rasa letih nak drive balik rumah parents , saya akn meninjau apa hotel terbaru yang boleh saya try .

Sekali sekala reward diri tak pe kan :) Setiap orang cara reward dirikan berbeza. Saya pulak jenis suka memanjakan diri melihat toilet yang cantik , decoration yang cantik , kind of relaxinglah kan...


Lokasi Merton Hotel Ipoh : 

No. 23 & 25 , Jalan Lapangan Symphony Business Park , 31350 Kinta , Ipoh Perak .

Nearby Attractions :

  • Sam Poh Tong Temple  ( 0.69km )
  • Qing Xing Ling Leisure & Cultural Village ( 1.37km )
  • Kek Lok Tong Temple & Zen Garden ( 1.89km )
  • Sultan Azlan Shah Airport ( 2.44km )

Aiman boleh bagi review hotel ni lokasi strategik kalau korang ingin bercuti di Ipoh dan nak datang ke tempat tarikan lain . Senang cerita nak pergi mana mana semua ok , Ipoh ni bukanlah besar mana pun .

Bab pergerakan ni , korang mesti berkereta-lah. Supaya mudah nak ke destinasi .

Jika nak booking uber pon ok , sebab sekarang di Ipoh , Servis uber pon banyak dan kerap pada setiap masa .


Jom tengok gambar hotel yang Aiman dapat dari Agoda.com :




Ini area concierge . Sangat cantik dan hipsturrrr untuk bercuti sekeluarga .






Sebenarnya inilah kali pertama saya masuk toilet yang bersimen sahaja tetapi nampak esklusif dan cantik . Peralatan mandian juga di sediakan .



Masa itu saya datang berdua dengan kawan . Jadi kami pilih single bed . Senang tak berebut selimut atau menendang satu sama lain di waktu malam :)



Pada yang bertanyakan tentang harga , pada Aiman sangat berbaloi . Untuk bilik kami hari tu , Aiman dapat RM 120 sahaja . So that we devided by two , boleh la sorang bayar RM 60 sajorrrr.

Sekarang saya akan review mengikut kategori supaya lebih jelas ;

PERSEKITARAN 
  • Kawasan hotel yang selamat dari bahaya berhadapan jalan raya besar
  • Parking okay masih ada tempat
  • Kedai makan muslim boleh di dapati dengan memandu sedikit ( Ada KFC , Pizza Hut , Seccret Recipe , Old Town , Mcd , Kedai Mamak , Vanggey , Kedai makan dalam department store Billion  )
  • Ada kedai baju dalam hotel , mudah nak cari baju ganti kalau unexpected thing happen while korang travelling 
  • 24 hour security
FACILITY 
  • WIFI yang laju
  • Wheelchair accessible
  • Ada breakfast
  • Elevator
  • Hairdryer
  • Television
  • Shower
  • In room safe
  • Non smoking area
Overall comment 
  • I love the vintage decoration which is rare for me .
  • Too comfort hotel in budget hotel
  • Fast service for check in and check out
  • Clean room & bathroom
  • Very good smells . Everytime I pass by the concierge , lorong ke bilik . Wangi sangat .
  • Romantik decoration corner
  • Affordable price
  • Above expectation !


Masa masuk hotel ni , Aiman lelaju buat instastory di Instagram @missaimaan , terlampau excited . 
Aiman pasti akan kongsi apa sahaja yang best , bukan nak menunjuk tetapi nak berkongsi mana la tahu ada anyone antara kita tengah cari hotel terbaik daripada review saya . Tak rugi pon saya spend masa sikit ! Asalkan bermanfaat untuk pembaca .

Nanti ada hotel best lagi saya review lagi ya .

Thank you for reading ! 

Sep 20, 2017

Pantang larang pengambilan supplemen/vitamin



Hye, Assalamualaikum :)

Hari ini Aiman akan berkongsi tentang PANTANG LARANG semasa pengambilan SUPPLEMEN dan VITAMIN . Ada antara kita terlepas pandang kerana tidak mengetahui langsung , moga perkongsian saya kali ini memberi manfaat kepada korang semua :)



Kunci keberkesanan pengambilan supplemen dan vitamin adalah CONSISTENCY . Boleh di ambil dengan kuantiti yang kecil tetapi perlu berterusan . Bagi mendapat kesan optimum , perlulah memberi keserasian kepada tubuh badan dalam tempoh 3 bulan secara konsisten .

Ada beberapa individu yang mengambil supplemen tetapi tidak merasai manfaat daripada supplemen/vitamin . Ada beberapa faktor mendorong kepada tidak merasai manfaat seperti ;



1. TIDAK MENGAMBIL AIR KOSONG SECUKUPNYA


Ramai yang hadapi masalah untuk minum air kosong dan lebih suka air berwarna dan berperisa . Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah dan menyebabkan kegemukan.

Kita di sarankan minum air kosong yang cukup bagi membantu proses penyerapan nutrisi supplemen lebih baik ke tubuh badan kita .



Kuantiti air yang disarankan berbeza mengikut berat badan . Minum air kosong yang cukup membantu proses healing crisis . Topik ini akan saya kongsikan kemudian ya !

2. ELAKKAN MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN SEKALIGUS PADA SATU MASA

Kesan daripada pengambilan supplemen/vitamin sekaligus boleh meningkatkan kepekatan darah . Kebiasaannya ramai orang suka ambil supplemen/vitamin di waktu malam sebelum tidur sedangkan ketika itu sudah kekurangan air dalam badan .



Cuba jadualkan pengambilan supplemen mengikut kesesuaian .. Ini dapat membantu buah pinggang tidak terbeban untuk memproses segala yang di makan dalam satu masa .


3. ELAKKAN MENGAMBIL SUPPLEMEN BERSAMA UBAT LAIN

Sekiranya anda masih dalam pantauan doktor atas masalah kesihatan , elakkan pengambilan supplemen/vitamin serentak dalam waktu yang sama . Cuba jadualkan pengambilan lebih teratur . Jika pengambilan terpaksa bertindih pada waktu yang sama , sila jarakkan pengambilan sejam atau dua jam dari ubat tadi .

Katakan ubat di ambil waktu pagi , supplemen ambil di waktu tengahari atau malam .

Ini dapat membantu agar darah tidak bercelaru dan mahukan penyerapan terbaik di setiap pengambilan supplemen/vitamin .

4. KURANGKAN  PENGAMBILAN KAFEIN DALAM DIET HARIAN


Kafein akan merosakkan vitamin dalam badan !

Maka berlakulah pembaziran jika anda ambil supplemen/vitamin bersama kafein . 
Kebaikan supplemen/vitamin tadi rosak macam tu saja !



5.  PANTANG LARANG MAKAN SUPPLEMEN/VITAMIN


  • Pengambilan multivitamin yang lengkap dengan zat besi seperti spirulina tidak boleh di ambil sekali dengan susu , goats milk , calcium . Ini akan mengganggu proses  penyerapan zat besi .
  • Vitamin E / EPO tidak boleh di ambil bersama chorella kerana ia akan mengganggu proses penyerapan vitamin e/epo .
  • Ibu mengandung boleh berhenti seketika mengambil supplemen yang tinggi antioksidan kerana ia boleh memberi risiko kepada keguguran janin . Seperti astaxanthin , sekurangnya bulan ke 4 baru boleh ambil . 


Tips untuk ibu mengandung , ambillah supplemen / vitamin bagi memperolehi kesihatan fizikal dan mental optimum bagi ibu dan bayi bakal di lahir . Boleh refer set mengandung di sini . 

Alhamdulillah selesai juga saya berkongsi pantang larang semasa pengambilan supplemen/vitamin pada korang . Insha ALLAH ada rezeki saya tulis lagi info supaya ilmu ini berpanjangan . 

Jumpa lagi !
Thank you for reading :)


B- complex cegah migrain


Dahulu saya tak faham pun kenapa kawan rumah sewa semasa saya study di Universiti Malaya kerap skip class kerana sakit migrain . Since saya sekolah lagi , I really don't understand how migraine's feel till saya sendiri lalui masa tahun pertama kerja. Haaa itu beerti some changes happen in my life . Maybe lifestyle belum boleh cope lagi .

Keadaan MIGRAIN terjadi bagi student semestinya pembelajaran yang pack sehinggakan stress , bagi pekerja mungkin terlampau banyak kerja dari majikan , atau tekanan perubahan hormon ketika period juga .


MIGRAIN IS SO PAINFUL BECAUSE YOU CANNOT THINK ! 
YOU HAVE TO REST THE WHOLE DAY 


Saya sangat tak suka ambil pain killer. So that saya kan pastikan level of stress pada kadar boleh terima dek tubuh badan :)

Bukan stress sahaja punca migrain ya , ada beberapa lagi PUNCA boleh mengakibatkan migrain ;


  • Makan makanan yang mengandungi Tyramine such as cheese ( OMG ! This is my feveret ingredient in any food )
  • Makan makanan yang mengandungi monosodium glutamate ( MSG)  ( Tahukan nak bagi makanan sedap buh yang ni , tapi tak elok untuk kesihatan )
  • Terdedah pada asap rokok , atau pencemaran bunyi 
  • Minuman berkafein
  • Jadual waktu tidur berubah dan tidur tidak mencukupi
  • Gangguan masalah 
  • Jadual permakanan tidak dijaga dan biarkan perut  kosong dalam tempoh lama ( berkemungkinan gastrik juga boleh datang )


Nampak .... terlampau banyak punca akibat migrain , jadi kita yang  berada dalam persekitaran ini perlu mencari inisiatif untuk elak dan atasi migrain .

Bayangkan dahulu masa saya alami migrain , terus telan panadol kononnya nak selesaikan dengan cara segera . Apabila bangun tidur , tidak lama kemudian migrain datang kembali . Jadi kesan pengambilan paracetamol juga sementara .

Saya mesti mencari solusi masalah migrain or I will lying on bed always. 

Macamana saya nak kerja ? Bos mana yang suka kan anak buah banyak alasan ?

Finally saya jumpa satu inisiatif , iaitu dengan mengambil B-COMPLEX . 
Which is kebaikannya adalah anti stress .

Berkait dengan period pain yang teruk , I really maintain dan jaga permakanan to avoid migrain again semasa pre menstrual .
After taking B-Complex, Aiman berasa perubahan yang mana saya boleh langsung tidak migrain in a month .

That big congratulation to my effort /trial .

Alhamdulillah (T_T)



Seriously sedap bila tabur banyak cheese mozarella cheddar . You name it ! haha


B-Complex merupakan gabungan beberapa vitamin larut air . B-Complex mengandungi ;
  • B1 ( thiamin )
  • B2 ( riboflovin )
  • B3 ( niacin )
  • B5
  • B6 ( pyridoxine )
  • B12 ( cobalamine )
  • Folid Acid
  • Panthothenic Acid
  • Biotin


Setiap komponen dalam B-Complex memiliki fungsi khusus . B-Complex juga membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan saraf yang sihat . Ia juga membantu penghasilan sel darah merah dan boleh mengelak anemia .



Apakah kepentingan lain B-COMPLEX kepada tubuh badan ?


  • Menentang tekanan terutamanya dengan gaya hidup yang penuh cabaran
  • Menyokong fungsi kelenjar adrenal dan sistem saraf
  • Mengatasi masalah muda meradang
  • Mengurangkan keletihan
  • Meningkatkan daya tumpuan dan kecergasan
  • Meningkatkan keupayaan mental
  • Dikenali sebagai " Vitamin Kegembiraan"  sering disyorkan oleh pakar perubatan untuk tangani kemurungan 
  • Meningkatkan penghasilan serotonin dalam badan yang mana pemancar saraf yang meningkatkan mood
  • Diperlukan untuk menukarkan lemak dan karbohidrat kepada tenaga 
  • Membantu mengurangkan rasa  mengidam terhadap makanan dan mengelak peningkatan berat badan

Vitamin B biasanya boleh didapati dalam sayuran hijau berdaun dan bijirin tetapi senang termusnah semasa makanan di proses atau di masak.

Tekanan, perpeluhan, merokok dan pengambilan kopi, teh, minuman keras, karbohidrat dan gula terproses juga mengurangkan tahap Vitamin B dalam badan .

Kadar penyerapan vitamin B dikalangan warga tua pula amat rendah.

Gejala gejala kekurangan vitamin B termasuk ulser mulut , kurang darah, sering keletihan, gementar, sering runsing atau resah , penukaran emosi dengan tiba tiba, kurang daya tumpuan, masalah tidur, sukar mengingat kembali mimpi, sengal badan, kerap alamii masalah ketidakhadaman.

Siapa boleh saya syorkan B-Complex?

  • Wanita datang haid
  • Ibu mengandung
  • Mereka yang kurang darah
  • Warga tua
  • Eksekutif sibuk
  • Mereka yang banyak minum kopi
  • Pelajar
Walau apa tahap kesibukan kita , pentingnya menjaga kesihatan dan kecantikan bagi memudahkan urusan duniawi dan membantu kita melakukan ibadah lebih sempurna InshaAllah memerlukan sihat tubuh badan dan mental .

Islam pupuk umatnya menjaga kesihatan beerti menghargai nikmat pemberian sihat Allah :)

Sebarang pertanyaan , boleh juga email saya di nurul.aiman@live.com . Saya menjanjikan konsultansi yang terbaik dan memberi servis yang dipercayai .

Jumpa lagi sharing akan datang :) love



Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign