Aimaan Ahmad: resepi pau

Pages

Showing posts with label resepi pau. Show all posts
Showing posts with label resepi pau. Show all posts

Dec 12, 2016

Cara paling mudah membuat doh roti


Assalamualaikum , Hye !


Finally sis mampu menaip satu karangan pendek berkaitan dengan resepi roti ahaha ! Padahal sebelum ini menangis di bucu katil setiap kali sis study dalam buku resepi dan cuba aplikasi kan di dapur sederhana mak . Sorry mak ! Kecah dengan tepung bila kami masuk beruli dengan doh . Btw , hari ini sis tak mau korang yang tercari cari resepi membuat doh roti tetapi masih tak berjaya . Sebabnya korang juga macam sis study menggunakan buku resepi atau cikgu youtube . 


Sebelum tu sis patut ucapkan thank you pada acik sis , sebab secara tak sengaja beliau datang rumah untuk stay few days , secara tak sengaja sis minta beliau turunkan ilmu resepi doh roti yang menjadi dan sedap ! :) Rezeki terpijak untuk sis -lah , so tak perlu lagi saya pergi menuntut ilmu jauh jauh . ( orang tak biasa buat bakery , memang tak tahu mende )


Korang tahu kenapa sis beriya sangat nak belajar buat doh roti . Sebab sis beli bread maker  cosway yang dikatakan amat mudah nak uli doh , tanpa keluarkan tenaga berpeluh peluh nak lenyeh tepung sampai sekata . Haaa agenda sis dah terbongkar ! Takpalah sis berusaha ni nak belajar improve diri dalam bakery walaupun sikit tak berniat nak berniaga , hanya syok syok untuk makan sendiri . Tambah pulak korang boleh dekor apa sahaja jenis topping nak di letakkan terutamanya ketika membuat pizaaa.. ahhh so yummieh !


Kali ini sis belajar buat dua jenis bentuk makanan menggunakan doh roti yang sama . wah mudah kalau korang ada anak ramai , pelbagai kreativiti boleh di tonjolkan . Ok sis buat pau pelbagai filling dan piza crust . 




Resepi untuk doh roti  yang menjadi dan sedap ( pau dan piza ) :

850 tepung gandum
2 sudu shortening
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 cawan air


bahan perlu biarkan naik dahulu **
1 paket ibu roti ( 11gm)
2 sudu gula
1 sudu garam
1 cawan air 


Langkah - langkah untuk sediakan doh roti :

1. Sediakan bahan yang perlu dinaikan dahulu , isikan dalam satu bekas . Dan biarkan yis ibu roti betul betul naik .

2. Sediakan breadmaker cosway , biarkan sahaja tray di dalam bread maker tanpa perlu keluarkan . Masukkan tepung , shortening , soda bikarbonat , dan bahan yang sudah dinaikan tadi . 

3. Setkan di breadmaker cosway , dough dan ia akan auto set 8 minit .

4. Sambil bahan sedang di uli  , boleh tambahkan sedikit demi sedikit secawan air yang masih berbaki dan biarkan sahaja doh siap di uli .

5. Doh roti siap di uli dan biarkan dalam 20 minit . Doh roti akan naik cantik .




Masa ini anda akan berasa lega kerana tenaga anda masih maintain dan boleh sediakan makanan berkhasiat di rumah . Ikut kreativiti nak sediakan topping atau filling apa . Sis bahagikan adunan kepada dua bahagian , satu untuk piza dan satu lagi untuk pau .




Cara persediaan untuk pau :

1. Bentukkan bulat bulat macam dalam gambar.
2. Kemudian , masukkan filling ( seperti red bean , kaya , coklat ) .
3. Letakkan terus pelapik pau menggunakan daun pisang dalam tray pengukus.
3. Kukus pau dalam masa 15 minit .


Peringatan : Jika anda terlebih kukus pau , permukaan pau menjadi tidak licin dan berkedut .




 Agak terlebih masa kukus , lihat permukaan pau tak begitu licin .




Cara penyediaan topping piza :

1. Biji bawang besar di cincang , ayam yang dicincang , dan tumis semua bersama.

2. Masukkan sayur campur segera .

3. Masukkan kicap , sos cili , sos lada hitam sekadar sesuai.

4. Sedikit garam secukup rasa .

5. Setelah siap sapu topping piza pada doh roti yang diratakan , tabur parmesan sepuas hati . 




Ya Allah , sedap yakmat makan beramai ramai tak cukup dua pan regular saiz . haha . Inilah nikmat main masak masak bakery dalam dapur mak . 





Ada yang tanya bagaimana saya nak beli bread maker cosway dengan harga ahli . Boleh check dengan Facebook Page Cosway Taman Karking Ipoh atau whatsapp mereka , +6018-571 3858 . Biasa ibu ibu suka sediakan makanan berkhasiat untuk anak kesayangan , apakata buat aktiviti topping freestyle untuk anak kecil , bagi mereka luahkan kreativiti dalam bakery di waktu cuti sekolah

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign