Seperti biasa hari-hari sebelum ni..punnnn( dah macam johan haaa), aku tak pernah berbuka kt rumah. Semuanya kt luar. Heaven bulan Ramadhan ni rezeki orang bersedekah banyak, dan siapa yang nak menjadi tetamu majlis berbuka puasa mereka kalau bukan aku yang pemalas memasak. Rezeki perlu di kauk. Jangan biarkn makanan tu di bazirkan.Yerrr dakkkk nun.=)
Aku berbuka puasa di musolla. Setiap tahun memang macam ni. Dan aku rasa mak aku paling rasa lega, tak perlu memasak, takde duet keluar, pergi suap makanan kt mulut sendiri sahaja. Itu tak dapat la nk tolong SUAPKAN kannnn.
Dalam aku duk pikiaq siapa lagi beruntung di bulan Ramadhan ni. Ni set-set pendatang /perantau asing. Dorang memang syok abis sebab apa, kat masjid-masjid kan penuh orang bersedekah, Apa lagi INI PELUANG KEEMASAN bagi mereka untuk saving and hantar duit kt negara masing. Kalau korang tak percaya, korang tengok kt masjid jamek /masjid india kl. Aku rasa yang bukan Islam, terus eksyen jadi Islam.Pakai kopiah terus. :P
Paling BEST masjid area damansara/um/seksyen 14 PJ. Residential area orang kayap-kayap. Makanan masya ALLAH, banyak kemain. Takperlu la korang nak singgah-singgah bazar Ramadhan depan masjid dah.Tapi ini bukan main point aku nak cerita... kot.(T_T)
Perjalanan aku ke musolla. Gaya macam jauh sesangat.Padahal depan rumah aku je punnnn. Kalau tak pi, idak ke segan kome!! haaaa Dah keluar dah tembelang perak aku. Time ni la aku nk kenal dgn orang kampung pun, kalau aku mati nak harapkan sapa lagi pi tlg mandikan, bacakan tahlil.Aku belum ada anak soleh/solehah. Aku nampak bulan kecik, Subhanallah. Cantiknya langit. Ini bukan kerajaan langit ayah sampin.
Aku snapshot terus guna handphone pink.
Wah! Dah macam dslr. Korang mampuuuu? aha.
Bila aku tengok balik kat fon. Cantik pulak.Tak edit langsung ni. Aku dulu tak berapa nak ada kawan kt kampung ni. Sebabnya aku sekolah jauh dr rumah. Jadi kawan semua jauh-jauh. Geng aku nenek-nenek la. Kannnnn terus kannnn jadi cucu kesayangan.Jangan je jadi cucu menantu pulak sudahhh.
Aku baru dapat kawan sebaya baru. Geng musolla.ahhahaha. Mestiiii! Mesti nak ada geng.
Jom korang pergi masjid/musolla/ surau selalu. Tinggal 19 hari lagi Ramadhan ni.
Thanks for reading this entry!
ada lagi 1 cara. pegi bazar mse dh nk dekat2 buka. kompom dpt makan pree. aumm!!
ReplyDeletehebat la kau! makcik yang sama e bg kau free makanan. nak buat menantu terus kot.=)
ReplyDeleteS a l a m r a m a d h a n~
ReplyDeleteJum hayati di sini (^o^)
jangan terseksa kerana CINTA
kalau da tiap2 ari berbuke kt musolla tu, msti time raye nnti ade org antar rombongan meminang..hehe..berkenan la katekan =)
ReplyDelete