Aimaan Ahmad: resepi

Pages

Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Mar 27, 2013

Benggala Oyster Vege


Assalamualaikum.


Mood bersayur-sayuran mendatang. For me, resepi masak sayur adalah paling simple dalam dunia. Kenapa perlu makan sayur?!  Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan kita mengambil antara 400 hingga 500 gram sayur-sayuran dan buah-buahan setiap hari. Ini bersamaan dengan lima hidangan sayur dan buah iaitu hanya 80 gram satu hidangan. ( Hebat hasil kajian :P)


Kajian menunjukkan pengambilan serat yang mencukupi melalui sayur-sayuran dan buah-buahan boleh menyelamatkan sehingga 2.7 juta nyawa atau mengurangkan beban penyakit di seluruh dunia sebanyak 1.8 peratus setahun. 
Kekurangan makan sayur-sayuran dan buah-buahan antara 10 faktor risiko utama kepada peningkatan kadar kematian yang mengakibatkan 31 peratus penyakit jantung dan 11 peratus serangan strok setahun di seluruh dunia.


Agensi Penyelidikan Kanser Antarabangsa WHO menganggarkan, pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan yang mencukupi boleh mengurangkan lima hingga 12 peratus kanser (secara keseluruhan) dan 20 hingga 30 peratus kanser usus.


Untuk penyakit kardiovaskular (jantung) pula, banyak bukti menunjukkan sayur-sayuran dan buah-buahan boleh mengurangkan risiko kerana kepelbagaian kandungan fitonutrien, kalium dan serat mempunyai manfaat tersendiri.


Sambung Baca: http://anizyn.blogspot.com/2009/02/kebaikan-sayur-sayuran.html#ixzz2OjIzGiXa 
( I found this write up info from here)
Tetapi korang boleh gantikan sayur-sayuran ( to those benci gila tengok sayur ) kepada buah-buahan. Tak kira lah buah tempatan ataupon antarabangsa.  wah! gitu :P


Haa sebab itulah. Saya mood makan sayur.
Mempersembahkan final presentation for this recipe Benggala Oyster Vege.
Nama pon kelas uols. haha :P


Tak bestlah kalau sekadar tengok gambar tapi tidak mencuba sendiri. ehee :P


CARA-CARA MENYEDIAKAN BENGGALA OYSTER VEGE
Wohhh! Semangat sungguh. Ini untuk panduan kita-kita. 
Pesanan di awal permulaan memegang pisau. Selalulah berselawat ketika memasak.



"Suprise anak-anak, mumy masak sayur je "

" Syukur mumy masak" ( anak soleh, alhamdulillah)



BAHAN UTAMA:

Bawang kecil 3 ulas 
Bawang putih 3 ulas 
Cili padi merak 3 biji 
Brocolli
Benggala
Kacang Buncis
Kacang Peas
Tomato
Chicken Meatball



 Sayur Benggala. Ada hijau, merah , kuning.


 Hirisan Benggala boleh di buat macam ni.



 Pastikan basuh sayur dengan bersih. Kacang Buncis dan kacang peas.


 Kacang Peas



Kacang Buncit. aha :P



Mampu potong dadu sebegini ?!



Brocolli.


Okay! This maybe lengthy entry from previous. I wanna make it short. :)


Tumis bawang putih, merah dan cili dengan sedikit minyak. (Perlu bagi sedikit, nanti yang yg tuang bergelen) Masukkan semua sayuran kecuali tomato. Masukkan chicken meatball dan tomato. Oyster sauce plus kicap lemak manis. Campak gula dan garam secukup rasa.



DONE!


Silalah cuba uols. Simple and healthy.

Thank for reading this entry.

Apr 27, 2012

Laksa Hebat!



Salam semua! Kini aku tinggal di rumah bujang, bujang memang bujang betol. Bererti memang jarang la dapur rumah aku berasap. Bila tiba musim mengidam, berair air liur ni terliur dek masakan mak di kampung. Syukur aku masih punyai ibu. Kepada mereka yang sudah ketiadaan ibu, jangan bersedih. Ujian hidup kamu membuktikan kamu lebih tabah dari org lain. kan! Apa kata kita sedekah mereka Al-fatihah setiap hari kepada mereka yang di sayangi Allah.


Berbalik cita aku. Aku kalau bab mengidam dan kempunan, aku berdesup balik kampung.  Mak! Mak! Laksa ye hari ni!...


Semangkuk Laksa. Yummmy..
Mak rebus!
Adek aku masak kuah.
Aku yang hiris. Halussssss.

Thanks for reading this entry!

Feb 4, 2012

Resepi : Ayam Kicap Berdaun Kari.


Setelah sedekad korang tak dapat menjejak aku.cewahhhh!! Sezaman dah haa akuu tak menghupdate ini belog. Bukan apa, nda ada apa-apa yang menarik mahu di kongsi. Alih ali aku godek2 gambar kat fon, jumpa la sejenis gmbr berbentuk makanan. Ini perlu di hebah2kan. Lalu aku ber-blogging lerr..




Mempersembahkan.... taraaaaaaaaaaaaaa






Aku saja close up bagi perut korang bergetar, otak mula bergegar.


Rasa lazat (promo!!! tapi aku tak buat catering) rupa enak apatahlagi "ayam gorengggggg" di salut kicap manis kapalapi, ehhh apa de hal nih. Kipas udang la derr. Ini resepi sempoi je sebenarnya untuk bujang perempuan yang bosan mkn di luar mahupun bujang lelaki juga,boleh mencuba. Anda menambahkan skill masakan bukan, boleh gebanggg kat gf.ahaaa :)




Resepi ting tong ting tong AYAM KICAP BERDAUN KARI.

  1. Ambik 4 biji bwg besar, 2 ulas bwg putih, 4 biji cili padi. Tumbuk sehingga lumat. Kalau nak blender pon boleh. Tapi kalau msk sikit2 setakat mkn untuk 4 org, aku prefer tumbuk je sebab rasa masakan tu akan lebih sedap.poyo!
  2. Gaulkan ayam dengan kunyit. Adjust2 lah bagi secukup rasa.
  3. Goreng ayammmmm. ** Jangan campak bro! Makin tinggi hantaran lu kena bagi nanti.
  4. Next, Ini fokus!!! Panaskan minyak dalam kuali. Masukkan bahan 1 tadi, tumis sampai naik bau. Letakkan asam keping supaya masakan tahan lama, tuang kicap manis dan masukkan daun kari. Test dulu rasa, secukup rasa. Baru masukkan ayam goreng tadi.
  5. SIAPPPPPPP!!!!!

Selamat Mencuba!

Sep 14, 2011

Terkinja-kinja masuk dapur


Salam sejahtera hendakNYA.

Hello kakak cute cantik jelita, abang tampan lagi bergaya tambah kacak sikit. over! Siapa dekat sini tak pernah tahu dapur tu ape? Aku taw korang semua mesti lebih familiar dgn kitchen kan. kan. kan. Apa kata korang hangguk hangguk geleng geleng je kepala tu , jaga hati aku bahahaha! Banyak kepada mengangguk lerrr.


Aku ada cerita hari tu aku mai kl. haha gaya mcm aku duduk dlm pedalaman dan aku perak gila datang kl. Bukan itu aku nk sampaikan. Aku mcm malas menapakkan diri di rumah sewa aku. Yerla, memandangkan teman/kawan/geng seksyen 14 aku semua dah balik kampung. Depa semua tunggu nak konvo je. eh

ok! Aku terus menuju umah my lovely auntie. Senang cerita aku malas nak fikir makanan apa nak di makan sepnjang aku rs2 diriku masih bujang nih. * Dasar pemalas. Korang boleh start judge aku sekarang, I dun care, Tapi korang pon. Ape korang kesahkannnn. ( ^_^)



Terkinja-kinja.






Cooking time.







Haaaaa. Jangan fikir yang bukan-bukan. Takdenya aku masuk dapur dan terlompat-lompat dan suka pegang senduk duk ketuk2 kuali sambil mendendangkan zapin. aduh! Sumpah korang tak lalu nk tengok dan dengar.




Memandangkan pemandangan sekitar mata aku menampakkan bulat-bulat kecil, bulat la besar, syg mama syg papa. Eh nak buat cookies la. Perut mesti di layan mcm raja. ye dakkkk nun! Aku mendapatkan ilmu yg bermanfaat dr acik, dan memulakan kerja membuat cookies di rumahnya. Syok buat cookies kt umah dia. Oven besar gila, stok oven yg mcm kilang-kilang buat jual kek/cookies/muffin.Hebat kan! * dlm ht aku dah terpengaruh, kena beli satu ni oven cmni.Senang nak buat kek.




Aktiviti menguli adunan cookies famos amos citarasa orang kajang! Jangan ingat tangan yang meng-uli tak boleh menggoncangkan dunia. Motif?? selalu jangan tangan yang menghayun kan buaian kan. Lebih kurang la tuuu =)




Amik sejemput, letak! Sejemput, letak! Sejemput, letak!! uish. syok betol buat cookies ne. Takperlu nak tekap2 mcm buat tat nenas. Kecomotan cookies, semakin nampak delicious untuk dimakan. Kan kan kan =P





Beza tak dgn yang atas tadi. Meh miss aimaan ajar meh! Yang nie sudah masak yang. *mengeletis betoi. Ok! Cookies nmpk mcm boleh jual je. Buka untuk order juga. Untuk hantaran, siap dgn decoration.




Kuih bakar kemboja. Semakin hitam hangit, semakin laris. Kegemaran tok aku. Kalau sapa2 dr kl ne nak balik kedah, tok mesti order, 12/13/14 units.Dasyat kan! Satu hari makan satu. * tipu la cik kak. Apa hal tok aku makan samapi muntah, kot ye pon feberet kan.




Kuih Bakar Kemboja ni acik aku buat untuk di jual.Setiap hari dia jual. Pada mula acik aku kesan inferens aku buat td tu, bila mula2 beli oven baru. Dia pon smgt nih, berapi nak nak membakar kuih itu. Bakar punya bakar, memang terbakar, dan hitam. Malu nak jual. Tapi still pamerkan yang hitam itu. Tak di sangka yang hitam menjadi pilihan. haaaa jangan di sangka hitam tak menawan. Sejak hari tu, usaha menghangitkan kuih satu usaha yg sukar. Silap hangit, terpahit pulak rasanya. ( ^_^)





Aku saja nak bagi tahu aku belajar resepi baru. Nak resepi, jangan malu-malu mintak ye! Email je aku. Lenguh dah taip. Jom p joging. acah-acah rajin je!


Thanks for reading this entry!

Aug 3, 2011

Tepung Bungkus

Bila aku sampai Kl, baru aku kenal tepung bungkus. Ajaib! Sambil- sambil aku kebek handphone tadi, konon nak card cleanup / defragmenter mana-mana yang boleh pindah ke lappy. Mana tak nye. Handphone aku dah full , nak hantar message pon dah tk mampu. Apa jenis tuan la aku ni.=) Lalu aku jumpa gmbr ni. Nak jugak share, mana tahu ada yang masih tak kenal dan tak penah tahu pon.


First time aku gigit makanan nih, housemate aku beli kat LRT Universiti. Sekali ngap,aku ngap lagi. Aku lupa yang makanan ni orang punya. Nak makan lagi, tak dapat la. Itu yang terakhir.



Aku pon dengan buang tebiatnya aku beli lima. Puas hati!! Sambil aku siapkan video aku. Aku ngap la. Kuih keria pon aku tapau. Sekarang no wonder la kenapa lemak mengembang tanpa ragu-ragu. Bila ada orang dah mula tegor aku gemok. Aku mula konfius. haha.Tak best la aku share gambar kuih tepung bungkus ni, tanpa resepi sekali. Aku google untuk korang nih. Mana yang suka memasak di bulan ramadhan ni. Boleh la cuba2, buat kuih untuk moreey surau ke.Elok jugak bersedekah.

RESEPI: Bukan turun temurun.Turun Dari Google.Kesian Yahoo.

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • secubit garam
  • daun pisang di layang skit ke ats api kecil
  • utk inti;
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 2-3 keping gula melaka
  • 4 sudu tepung pulut
  • sehelai daun pandanh di simpul

Cara-cara

  1. Kelapa yang di parut (bahagian putih sahaja) dimasak bersama gula melaka dan daun pandan sehingga kering. Bulat-bulatkan dan golek di atas tepung pulut. Ketepikan dahulu.
  2. Bancuh tepung beras bersama santan dan masukkan sedikit garam. Kacau hingga separuh masak. Ambil dua sudu besar bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan inti dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. Tutup daun pisang dan lipat kedua-dua hujung daun. Kemudian kukus selama 15-20 minit

Yang tinggal di kawasan Kuala Lumpur , tengah bandar nun. Korang beli je la suggestion aku. Sebab balik office dah pukul 6, Pastu nak pikir pasal daun pisang lagi.Mana nak cekau kalau rumah pon kondo tinggi-tinggi, tanam atas bumbung. haha.



Lokasi Tepung Bungkus: LRT stesen universiti.

Thanks for reading this entry!






Jun 16, 2011

Soup Bujang.

Well.Well. Well.

Cop! Aku tak pandai masak. Sila buuuuu. Miss Aimaan tahu ramai lagi bujang macam kami ni handal memasak. Soup bujang sedap ke? atau soup anak dara? Lain macam bunyinya.


Rasanya sudah lama saya tak menjengah ke dapor. eh silap. Sudah lama saya tak memegang periuk la sebenarnya. Masuk dapor satu kemestian. Boleh mati wo kalau tak makan. Perut saya macam tong sampah.


Saya berjaya buat soup dalam masa yang singkat. Agak-agak 5 mins? ishk tak logik. 15 mins boleh jadi? ishk ishk bertuah anak mak.


Saya tak suka tumis bawang. Saya suka minyak soup terhasil dari air rebusan ayam.Healthy tak? Muka senyum sambil kening di angkat-angkat.Tandanya.






Tarara boom boom boom boom! Apa macam. Boleh kawen?




Siap nak tabur bawang goreng lagi. Waktu ni lapar gila tapi well, pantas.



Hasil sebelum melantak sampai licin.Tak perlu simpan2 untuk lunch esok pagi. Nak bagi tahu sengkeknya hidup sampai makanan pon mcm recycle. :( Teruk sey.


Saya aci campak bahan. Malas nak ikut tatatertib memasak. Janji rasa tu lepas nak telan bila lalu lidah saya.


Apa perlu taruk, kita post secara ringkas je k!

  1. ayam + air ( rebus dalam periuk)
  2. sup bunjut, kentang, bawang merah, bawang puteh
  3. carrot, cendawan, sayur mayur
  4. Garam secukup rasa.
DONE!
Selamat mencuba bujang lelaki! ahha.Padahal mereka lagi hebat memasak!







Thanks for reading this entry!

Apr 21, 2011

murtabak meggiii.....mmmmm lazaaattttt!


Hi guys..assalamualaikum..

Sekarang wktu khamis petang. Ujan rengai2, guruh masih berdentum. Miss Aimaan cam bosan, sebab hr ni cuti. Guys ingat tk hr tu i penah kecoh2 yang i duk mintak2 hampa doakan i sbb ade OJA.

Then thanks GOD berkati doa anda n miss aimaan, bsungguh jugak i pulun untuk test ni. I takott jarum.tertibe! I TAKNAK menanam anggur je eben i faham malaysia tk byk usahawan anggur,tp belungguk yg menganggur..renungkan¤



Apa yg buat miss aimaan buang tebiat hr ni. I memasak u! Buang tebiat apa. I mmg salu dah memasak tp bila tebiat tu mai, perghh.. 2 ,3, 4 dessert penuh meja..buka buka peti ais, ikan bilis pon rs nak goreng.. i dah nak berhenti menaip blog laaaa.. untuk entry bosan ni.. Di atas td dah letak rope murtabak meggiii yg i
buat tu..

Haha..kasi terliur sikittt.byk pon takpe. Misscall i, t i delivery recipe..¥$%¤








Thanks for reading this entry!

Feb 27, 2011

Bertatih menjadi isteri.fuyoo!


Lagak i macam dah bakal menjadi seorang isteri la plak.. hmm not yet. Bila terpaksa tinggal rumah berbujang-bujangan , takkan nak mengharapkan kedai pak ali, mamak assyifaa, sri murni yang tolong masakkan hidangan istimewa hari2. Mula la agenda mengeluarkan bau-bauan di dapur sampaikan resdung di hidung pon boleh terkejut dr tidur. Gila ar pedih hidung aku time dorang masak! mmg kick!

I dah berjaya campakkan bahan2 yang simple sgt & memang sedap! boleh cuba di rumah.
......Chicken Hot Black Pepper......


Bahan A: Ayam perlu di goreng, jgn hangus!

Bahan B:
1.Bawang besar 2 ketul,halia sepotong, 15 biji lada hitam, bawang putih sket, cabai burung sket
Blender semua benda2 ni.
2. Panaskan minyak. Tuangkan yang di blender sampai naik bau harum je.
3. Masukkan garam,gula, sos tiram secukup rasa.
4. Masukkan ayam yg digoreng tadi.
5. Whoaahh! sudah siap!! Taburan daun sup tu saja poyo. Presentation kena cun.





Nak rasa??? i pos nanti. kahkahkahkahkah. Gelak tak mungkin terjadi pos mengepos ni.


Sep 18, 2010

Di Hujung Jari





Resipi ke2 untuk hari Sabtu ini.... Roti.Arab.Marine!!
Hidangan ini saje dibuat untuk meraikan tetamu2 yang bakal hadir ke teratak 9527 kami..
Jika sudi beraya.datanglah ke alamat tertera:

Lot 9527 Kampung Baru Sg. Kroh,
31920 Kampar,
Perak D/R.


Sajian tak seberapa kali ini, sy belajar dari internet.
cuba sekali.terus jadi.mulalah nk buat menu utama bila tetamu dtg.
tak caya tanya Geng 14. Mereka ni sebenar geng2 rumah sewa sy time blaja kt U.M.
(mereka semua bes,thanks!)

Cerita punya cerita,dah terlupa nk share resipi ini..
kalau bosan waktu petang, gadis2 rumah bujang boleh try buat.
simple & sedap!! ( aish..sy ni tak buat pujian yang melampau kan)

Bahan2 roti:
500 gm tepung gandum
1sudu teh gula
secubit garam
setengah packet mauripan ( 6gm)
air suam secukupnya sehingga tepung2 yang di uli tidak melekat pada jari anda.

#ok! settle bahagian roti, tutup dgn kain lembab,biarkan selama sejam#
kurang pon boleh!

Bahan pencicah:
masak je sardin marine,atau tesco, atau yang $1.40 tu..
kalu nk pelbagai color, letakla cili padi dihiris, ubi kentang dipotong dadu, bawang dihiris untuk ditumis. hancurkan sardin tu pon xpe.. lagi senang nk makan nanti.

## saya saja je ubah resipi dgn pencicah sardin marine, mls nk buat kuah kari.
ini kan menu B.U.J.A.N.G.


SELAMAT MENCUBA!!

Moist Chocolate Cake Rasa Sekali Nak Semua!

Bukan setakat rasa sekali nak semua, siap paw resepi lagi.
walaupun sebenarnya saya ni pon, minta resepi dr kwn zaman sek menengah dulu...
sebab apa taw, kek ni a.t.i.q.a.h & s.y.a.i.r.a.h bawa time 1ST reunion kat Damai Laut Resort..
Rasa2..terus cop, letak dalam bekas... jiwa tamak memberontak datang bla rs lapar kan..
( jgn apply adegan ni di rumah anda!) :)

senang je cara nak buat kek ni..hny ambil masa dlm 5 min untuk buat bahan2 ni semua.. then terus bleh kukus... hanya tgu 1jam.. terus boleh tgk moist choc cake ni..
tunggu!! mana bleh terus ngap..! bersabar DULU..
Bila kek ni sudah sejuk.. baru tuka kan ke dalam bekas untuk dihiaskan..
baru bertambah selera nk makan sendiri mahupon dijamukan kpd tetamu yg dtg beraya.!


Bahan pertama:

2cwn tepung gandum
2cwn gula kastor
1cwn koko
1ts. soda bikarbonat
1ts. baking powder

Bahan kedua:

1 1/2 cwn susu cair
1cwn air suam
1cwn minyak masak
1biji telur
1ts. nescafe

Bahan ketiga: ( sebagai topping kek)

koko tadi di campurkan dgn susu pekat..
kacau...& pabila sesuai dijadikan topping.. cuma perlu sapu shj di atas kek..
kemudian , taburkan choc rice supaya kek kita kelihatan menarik.

p/s: bahan A & Bahan B dikacau dalam bekas yang berasingan dan kemudian campurkan kedua-dua bahan sehingga sebati. Seterusnya, bahan kek tadi dituangkan ke dalam bekas untuk dikukus.
Sebelum itu panaskan bekas pengukus dahulu.

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign