Aimaan Ahmad: #backpacker #acheh #supplemen #airasia

Pages

Showing posts with label #backpacker #acheh #supplemen #airasia. Show all posts
Showing posts with label #backpacker #acheh #supplemen #airasia. Show all posts

Jun 12, 2017

Backpacker Trip Day 1 | Acheh , Indonesia


Hye , Assalamualaikum !

Sebelum Aiman hilang ingatan , duk bertangguh sangat  . So hari ini lebih baik aku berkongsi sedikit short vacay ala backpacker ke Acheh . Niat aku utama adalah untuk melihat dunia luar dari terperap je dalam center Cosway Taman Karking Ipoh ni . Aku sebetulnya sudah tak berapa nak ada lagi kawan buddy travel , sebabnya rata rata sudah pun beranak pinak . Aku je lagi masih terkapai kapai mencari pasangan hidup sejiwa sejoli aku . Eceyyy , ambil peluang ni . Semoga Aiman cepat bertemu jodohnya . Amin Ya Rabbal Alamin .


Berbalik pada story acah backpacker aku ni , masa tu perasan nak travel tu teruk sangat . Aku nak bau airport . haha gila kan ! Apa aku buat , aku perlu cari sesiapa yang mahu travel dan mahukan buddy . Akhirnya jumpa pulak yang sedang mencari buddy travelling dan lokasi yang kami pilih adalah Acheh . Aku sudah ceritakan entry yang lalu kan . Boleh baca  entri ini .


Perjalanan kali ini aku berhajat tidak mahu langsung sentuh stereng kereta , beerti aku tak drive weh . Since rumah aku di Kampar Perak , yaa kawasan yang penuh gunung ganang tu lagi sejuk mata memandang . Dari Kampar ke Kl Sentral , aku naik ets train . Ya lebih mudah , tepat waktu dan sangat selesa . Aku naik terus tidur tanpa menikmati pemandangan lah , sebabnya malam masa tu .  

Then dari kl sentral ke KLIA, aku ambil bas sahaja kerana lebih murah dan jimat . Hey kata nak style backpacker , so tak boleh memanjakan diri sangat hehe Since departure time aku jam 7.35 pagi , jadi aku bermalam di rumah kazen dulu . So esoknya jam 5 pagi , aku manis manis mulut minta dia hantar ke airport . :)


Kita redah sahaja sebenarnya trip kali . Tiada langsung booking hotel atau supir , bahkan aku belum kenal pun travel buddy aku . So yehaaaa sebelum boarding time kita meet up di hall menunggu , dan finally itulah kali pertama aku jumpa my travel buddy .

Seorang guru . Sebab tu aku berani berjalan dengan new friend , sebab kerjayanya meyakinkan aku .. Nice to meet you travel buddy , :)




Alhamdulillah we arrived safely , tahniah abam pilot yang berjaya fly dengan baik dan mendarat pon dengan baik . Hati berdegup kencang , pandang orang sebelah , kau senyum aku senyum . Kita okay dahhhhh selamat touch down . 



Langit yang biru , cuaca cerah terang benderang , angin sepoi sepoi meniup shawl aku lalu terkatup muka . Akhirnya aku nampak juga bangunan Sultan Iskandar Muda Airport . Tempat pertama aku lawat adalah tandas . ( haha melawak ja ) Barulah dikatakan kita berjodohan , itu semua rencana Allah . Aku berbual dengan cleaner tandas . " Aku ni belum punyai supir , apa banyak taksi laur airport ni , Macamana ya aku nak order taksi ?" , haha cobaan bercakap bahasa Indonesia .  " Abangku supir , kalau mau aku panggilnya ". Wahhhhh alhamdulillah Allah permudahkan urusan aku dan buddy . 

Bab mengkaji serah kat aku . Di Acheh , kadar bayaran supir standard price , dan potensi hadapi masalah penipuan 1% . Tak perlu bargain pon . Malah kadang bulih dapat lagi murah . 







Tempat pertama aku lawati adalah Muzium Tsunami yang kisah bencana tsunami diceritakan dan dikongsikan dalam bentuk video , gambar dan barang kesan tsunami juga ada di sana . Hati aku tu rasa sedih dan sayu ketika masuk entrance muzium . Ketika masuk entrance , kita akan melalui satu lorong gelap yang di penuhi air yang memercik pada tubuh badan , dan ada sound effect suara orang menjerit dan beristigfar ketika berlakunya tsunami . Terasa semacam kita sedang melalui bencana tsunami .😭

Waktu ini rasa insaf . 
Rasa macam Allahuakbar , bersediakah aku dalam keadaan sekarang ni ?

Kemudian kita melihat kawasan yang diletakkan senarai nama terkorban . Gementar . Aku melawat di kawasan pameran dan berbual dengan seorang adik manis . Saya bertanya tentang tsunami . Bagaimana ia terjadi dan dimanakah kamu ketika itu ?

Sedih sekali . Dia berteriak terus . Rupanya dia kehilangan ibu ayah dan seluruh ahli keluarganya . Walaupun kejadian ini terjadi 12 tahun lalu , tetapi ia memberi kesan mendalam buat mereka .



Aku cuba pegang bumi .


Next tempat aku visit adalah , kapal terapung lalu tersangkut atas rumah . Besar juga kapalnya . Tengok pada kebesaran kapal ni , memang mengetuk hati saya . Besar lagi kebesaran Allah . 






Next tempat visit adalah , aku visit lagi satu kapal yang besar sangat tersadai di tengah darat . Bertapa jauhnya kapal ni bergerak dari laut sampai ke darat .



Besar wehhh kapal ni . Dari luar nak masuk kedalam pun aku rasa mengah . Masa awal pagi tu sebelum aku nak gerak , mujur aku standby siap supplemen , aku makan siap siap spirulina dan chorela termasuk vitamin c . Persediaan aku bab travel ni win kat part jaga diri jer. hehehe . Sebab aku taknak menyusahkan travel buddy .  

Waktu melawat kapal besar ni , di setiap sudut ada menceritakan setiap orang yang menyaksikan dan mangsa korban dari kapal ini . Disebabkan pamerannya too wording , aku tak membaca . Aku pilih menonton video untuk dapatkan info .





Nampak aku berdiri bergambar kat hujung tu macam steady je kan . Korang tahu dak , masa nak amik gambar tu aku rasa berpinar macam kapal duk bergoyang , macam terumbang ambing . Pelik juga perasaan tu . Bila aku dah turun bawah , jadi okay balik .


Kanak kanak ni berlari turun naik bermain , aku geram tengok kelincahan dorang . Aku kata , '' Dik jom ambik gambar ?".. phew berlari dorang tinggalkan aku . Ini aku berjaya ambil gambar setelah sepuloh kali pujuk ni . Baru la dorang nak . 







Next tempat visit , adalah kawasan di mana kubah seberat bertan tan ni bergerak di bawa air lalu stop di satu perkampungan . Hebat Ya Rabb ! Berat kubah ni bukan sahaja bergerak sehala, kubah ini sebenarnya dari sebalik gunung ganang di belakang sana . Korang bayangkan , subhanaallah . Aku mendengar cerita penduduk kampung pun jadi hiba dan takjub . Bagusnya mereka positif , tahap kebergantungan dengan Allah sangat tinggi . 


Kemudian aku terus ambil kapal cepat di Ulee Lheue Jetty untuk ke Sabang .
Perjalanan ke Sabang ambil masa 45 minit . Kami disambut oleh Imade Kaswari dan dibawa melawat benteng jepun .


Oleh kerana kami dah pun berjalan sehari sebelum itu , kami terlampau letih untuk visit di Sabang . Terus di bawa ke hari esok . Tak sabar nak berehat di hotel dan cari makan .
Alhamdulilah . Tamat hari pertama ðŸ˜Š



May 13, 2017

Perlukah Bawa Supplemen Ketika Travel ?



Hye , Assalamualaikum !

Sebenarnya bukanlah banyak masa sangat nak menulis blog , tengok pada kuantiti posting di side bar pun sudah tahu Aiman dah mula sibuk dengan urusan lain . Tidak pada zaman study dulu kan , syoknya balik kelas mengadap laptop , tulis apa sahaja yang terkompol di otak kiri lalu Aiman terjemahkan dalam bentuk penulisan hihi . Kot memberi manfaat , ambik lah ! ",)


Hari ini Aiman nak kongsi sedikit persediaan saya sebelum travel terutama sekali bab menyediakan supplemen . Saya memang akui supplemen penting untuk kekalkan momentum tenaga dan tahap kesihatan di kala korang mula eksaited berjalan dan for sure akan skip waktu makan . 

Haaa nak kata saya berletiaq macam mak nenek le tew !

Sebenarnya ini pertama kali Aiman travel secara backpacker . Nak cuba ketahanan badan , tengok sesuai ke idak . Kira nak cuba pengalaman barulah . Konsep backpacker Aiman ni pun bukanlah heavy sangat macam backpacker di luar sanan yang discover banyak negara . Aiman hanya pergi satu negara sahaja , tapi nak galas beg dan konsep berjimat cermat . haaaa acah acah backpackers kan ! Sebab tu taknak kongsi sangat ! haha


Okay Saya booking tiket flight dalam keadaan tidak sedarkan diri . aha . Masa itu perasaan nak berjalan ke negara orang membuak buak macam gunung berapi . Setiap kali nampak perkataan Airasia , saya mula kebas kepala . Saya log in account airasia , mulakan check harga tiket . Tetapi masalah saya adalah , akuuuuu nak travel dengan siapa ni...hmm .


Mula muncul satu idea bernas di hujung hemisfera otak saya , why not you join anyone go to travel and make friends . aha . Then saya log in facebook , terus join backpackers buddies malaysia . Scroll up and down mencari sesiapa yang sedang mencari kawan untuk travel . Yeahhhh kali ini saya nekad untuk redah dan travel with new friend .



" NAK PERGI ACHEH 6HB MAY , SIAPA NAK JOIN ?''

Saya ternampak someone tulis macam tu di komen . Saya pm dia nak riki riki mana tahu dia sudi bawa saya join dia travel . hehe . Alhamdulillah dia pun kidnap saya sekali . 

Masa ini saya masih konfius either nak join or not . Suatu hari dia pm saya balik . " Saya dah beli tiket , awak beli nanti bagi tahu "


" Im  done beli tiket !" Terus saya reply macam tu . Taknak terlepas dari peluang berjalan dengan new friend . 


Yeahhhh bermulalah persediaan saya untuk memastikan sihat tubuh badan sebab nak berjalan di kawasan berlaut menyaksikan pantai biru nan indah di mata . hehe


Topik kita hari ini perlukah bawa supplemen ketika travel ?

Jawapan saya , " Perlu ! "


Supplemen bukanlah sejenis ubat confirm sembuh penyakit , tetapi ia satu inisiatif penambah nutrisi kepada tubuh badan . Kata lain , hat mana yang kurang tu , kita topup guna supplemen . 




Itu bag galas saya yang sendat . Cukup pakai untuk 5 hari 4 malam . Saya gulung gulung  bagi muat jugak !


Meh saya kongsikan apa supplemen yang perlu di bawa ketika travel dan fungsinya ;

Saya akan susun supplemen mengikut keutamaan , kerana ada juga supplemen sampingan , saya tetap bawa kerana tidak menjadi beban pada saya walaupun dalam keadaan backpackers. Genius pasti cari solusi ! muahahaha

VITAMIN C  

 Saya setuju vitamin C paling utama kerana fungsinya adalah meningkatkan sistem imunisasi badan . Jika kita mudah pening kepala , mudah jatuh sakit seperti demam , selsema , batuk , atau sensitif dengan makanan baru . Vitamin C ini akan bantu untuk stabilkan balik tahap kecerdasan badan kita . 

SPIRULINA 
Untuk pengetahuan korang , spirulina ini adalah multivitamin dan jenama cosway mempunyai certified organic . Kebaikannya memberi tenaga dan mengandungi anti oksidan dan anti keradangan . Spirulina juga bole mengurangkan gula dalam darah . Oleh kerana kandungan spirulina terdapat protein , zat besi , vitamin b1,b2,b3 , jadi ia lagi memudahkan kita sebagai traveller sudah cukup nutrisi yang diperlukan semasa travel .


CHORELLA 

Rasanya ramai belum pernah tahu tentang chorella kerana ia jarang di dengari . Chorella ini berfungsi untuk proses detokfikasi . Badan kita mudah rasa mengantuk , cepat letih , mudah migrain , rasa tidak bertenaga oleh kerana tubuh badan kita berada pada level asid . Dengan chorella, ia bantu untuk kita buat proses detokfikasi terutama sekali detoks hati . Korang akan terasa perbezaannya setelah ambil chorella terutama yang ada masalah sukar tidur . 
Bagi Aiman chorella amat perlu untuk memberi sokongan pada dua supplemen yang sudah di kongsikan tadi .


GLUCOSAMINE 

Yang ni kira perlu juga sebab apabila kita jalan jauh , naik pulak kawasan berbukit bukit . Jadi lutut akan jadi letih dan sakit . So sebelum tidur saya akan ambil glucosamine untuk relieve sakit sendi dan esok pagi akan bangun pagi tanpa ada rasa lenguh lenguh badan  . Itu yang best bila ambil glucosamine kerana kesan pengambilan dapat di rasai cepat dan efektif . Ada sampai satu tahap lenguh tumit kaki dan lutut akibat angkat berat , sampai kita rasa runsing bagaimana untuk legakan rasa sakit lutut . Dulu fikir glucosamine untuk orang tua sahaja , padahal umur 20an pun banyak lakukan aktiviti lasak dan perlukan supplemen untuk lutut . Betul sakit sendi lutut lega dan boleh berjalan cergas kembali .

OMEGA 3 

Supplemen omega 3 bukanlah keperluan semasa travel . Tetapi bagi saya , omega 3 bagus untuk daya fikiran , mudah ingat , dan dah jadi supplemen wajib untuk otak . Jadi saya masih membawanya . Omega 3 juga boleh bantu untuk kurangkan stress berfikir tambahan pulak korang dah travel ke negara orang . Currency bertukar , lepas tu stress kira duit . hahaha .


LAIN LAIN SUPPLEMEN 

Lagi dua supplemen yang Aiman bawa itu adalah krill oil dan evening primrose oil .

Krill oil ini mengandungi astaxanthin yang bagus untuk antioksidan . Krill oil juga mengandungi epa , dha , vitamin e , vitamin a , vitamin b4 yang mana banyak memberi manfaat melindungi jantung , mengurangkan kolesterol , melawan gejala pms , mengoptimakan kemampuan otak , melawan penuaan , dan memberi tahap kesihatan optimum secara keseluruhan .

Evening Primrose Oil (EPO) ini Aiman untuk stabilkan hormon dan menyeimbangkan emosi ketika travel . well wanita penuh dengan emosi . Jadi saya cuba fokus dari mudah rasa lemah semangat sementara menanti waktu period . Oh yaaa tarikh saya travel dalam lingkungan jangkaan period time . So standby apa patutlah kiranya . Cuma epo ni perlu berhenti ambil apabila sedang period .






Dari atas dalam pillbox biru ; Omega 3 , Evening Primrose Oil , Krill Oil , Spirulina , Chorella dan bahagian dalam pillbox putih ; Glucosamine dan Vitamin C . 





Aiman baru jumpa pill box yang compact untuk mudah dibawa travel . Cantik dan kemas ! Saya google mencari desain yang cantik untuk pill box selepas survey di Guardian /Watsons . Akhirnya saya jumpa ada di jual di website alibaba.com . Yang menariknya adalah harga murah dan percuma postage dari China . Pill Box ini sampai dalam tempoh 2 minggu .



Basicly inilah supplemen persediaan aiman bawa untuk travel . Saya kongsikan supaya korang boleh analyze apa yang perlu korang sediakan . Ia bukan wajib , tapi keperluan bila diperlukan . Ia bukan ubat untuk confirm sembuh tetapi supplemen adalah inisiatif kita untuk kekalkan kesihatan dalam keadaan optimum . Next posting harap sempatlah saya share trip acah backpacker Aiman hihi .


Thank you for reading ! 



Your beauty & Health Consultant 
Trusted Cosway Business Owner
Whatsapp : +6018-571 3858
Follow instagram : @aimaan.my
12
 

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign