Aimaan Ahmad: Tips Persediaan Fizikal Menunaikan Ibadah Haji

Pages

Aug 23, 2015

Tips Persediaan Fizikal Menunaikan Ibadah Haji


KENALI DIRI 

Sesuatu perkara itu menjadi lebih beerti apabila kita dapat memberi manfaat kepada orang lain. Kini baru saya mengerti kelebihan menjadi seorang guru. Dulu hanya tahu nak kerja sebagai marketing manager, kononnya! Lepas itu nak jadi ceo mana mana company. Sewaktu Aimaan zaman sekolah menengah , tak berapa jelas lagi bagaimana proses kehidupan. Ya, usia mematangkan pemikiran saya!

Memberi manfaat kepada ramai orang juga memerlukan kreativiti. Senang cerita banyak cara untuk kita berkongsi dan memberi ilmu kepada orang sekeliling kita. Jadi hari ini Aimaan ingin berkongsi tentang Tips Persediaan Menunaikan Ibadah Haji.

Dimusim haji, kita akan lihat ramai sangat manusia dari pelbagai kaum, warna kulit berbeza, yang kaya dan miskin , tua dan muda, sihat dan kurang sempurna datang dengan niat untuk menunaikan ibadah haji. 

Kebanyakan manusia yang datang dari negara sekitar, hanya datang melalui darat denagn cara driving sendiri atau menaiki bas. Ingat lagi ketika Aimaan menunaikan ibadah umrah. Aimaan berbual dengan seorang makcik dari India, semacam itik dan ayam bersembang kerana sebutir perkataan pun tak faham. Jadi saya berbual dengan pergerakan fizikal. Kalau nak cakap datang naik flight, Aimaan buat gaya tangan terbang. :) :) Kenangan.


GAMBAR AIMAAN DI AIRPORT DUBAI.



TIPS PERSEDIAAN FIZIKAL MENUNAIKAN IBADAH HAJI
1.  Pemeriksaan Kesihatan

Kepada bakal haji/hajah, eloklah lakukan dahulu pemeriksaan menyeluruh tubuh (General Check Up) di makmal untuk mengesan sebarang penyakit yang mungkin ada tanpa disedari dan bagi mengetahui keadaan kesihatan secara jelas dan lengkap supaya doktor boleh mengambil tindakan ‘preventif’ (pencegahan) lebih awal.

GAMBAR HIASAN - TOK AIMAAN BERSIARAN SECARA LANGSUNG DARI MEKAH
.
.
2.  Nasihat Doktor Perunding

Bagi yang mempunyai masalah kesihatan seperti sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, asama dan sebagainya, mintalah nasihat doktor tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan. Sediakan segala ubat yang diperlukan kerana walaupun banyak farmasi dan klinik-klinik di Makkah dan Madinah, tetapi harga ubat-ubatan di sana agak mahal. 
.
SEMASA PERGI MEKAH BERSAMA KELUARGA

.
3.  Latihan Kecergasan

Bagi mencapai keadaan yang sihat dan segar, lakukan senaman secara teratur. Latihan bersenam, berlari atau beraerobik yang sesuai dengan keadaan kesihatan dan usia bakal jemaah, amat perlu untuk menjaga kesihatan jantung kerana kesediaan fizikal yang baik dan jantung yang sihat diperlukan bagi menjalankan ibadah haji seperti TawafSaie dan Melontar Jamrah. Begitu juga kegiatan biasa seperti ulang alik ke Masjid, ke pasar dan lainnya dilakukan dengan berjalan kaki.

Maka ketahanan jasmani dan kesihatan harus dipersiapkan agar sentiasa cergas, bersedia, berstamina dan lebih tahan terhadap penyakit mahupun cengkaman hawa berbeza. Contohilah bagaimana Uwais al-Qarni mempersiapkan dirinya untuk ke Makkah di sini.
.
 4.  Latihan Berjalan Kaki

Lakukanlah latihan fizikal untuk membiasakan diri kita yang bakal menggunakan tenaga semasa pergi dan balik ke Masjid di tanah suci nanti, seperti berjalan kaki sejauh purata 3 hingga 4 kilometer, sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Ini adalah persediaan yang terbaik kerana rata-rata kedudukan hotel penginapan terletak agak jauh jaraknya iaitu :

GAMBAR HIASAN KELUARGA MENUNAIKAN HAJI 2014

1.      Jarak ke Masjidil Haram antara 800 – 1,500 meter
2.      Jarak untuk Tawaf mengelilingi Kaabah sejauh 500 meter – 1 kilometer
3.  Jarak Bukit Safa ke Marwah lebih kurang 420 meter dan apabila mengerjakan ibadah Saie, akan berulang alik 7 kali sejauh 2, 940 meter (hampir 3 kilometer)
4.  Melontar Jamrah, terpaksa melalui terowong sepanjang 3.5 kilometer. Jika duduk di Mina Mu’assir, dalam 5 – 7 kilometer ke jamrah. Ada 3 jamrah yang perlu dilalui 4 hari berturut-turut:
a.      Jarak antara Jamrah Ula dengan Jamrah Wusta adalah 247 meter.
b.      Jarak antara Jamrah Wusta dan Kubra kira-kira 200 meter.

5. Bekalan supplemen dan mulakan mengambil supplemen sebelum tarikh penerbangan



Atas permantauan, kemungkinan besar umat Islam menunaikan Haji mengalami penurunan sistem imunisasi badan. Supplemen wajib di ambil sebelum dan sedang menunaikan ibadah Haji adalah vitamin C. Vitamin C membantu meningkatkan sistem imunisasi badan, memberi tenaga dan mencergaskan tubuh badan yang lesu.

Cadangan ---> C-500 membantu melepaskan vitamin c secara berkala tanpa pembaziran melalui urine. Jadi ia menjimatkan dan terbukti secara klinikal berkesan membantu umat Islam yang akan / sedang menunaikanb ibadah.



GAMBAR AYAH DALAM PERJALANAN KE MINA


Semasa dalam penerbangan, manalah tubuh badan ini biasa untuk duduk dalam flight dalam tempoh yang lama. 12jam perjalanan , waktu itu naik malam, turun pun malam. Tak perasan langsung bila siang. Kemungkinan kaki akan mula rasa kejang/ kebas, badan tidak selesa, lenguh lenguh badan dan mulalah rasa tidak sihat. Hari pertama memang teruja mahu lakukan pelbagai ibadah, dan tenaga akan menurun mendadak jika kita tidak kawal.


Cadangan ---> Pengambilan B-50 Complex membantu menukarkan makanan kepada tenaga , sekaligus membantu mengelakkan kelesuan dan keletihan. Bukan itu sahaja, B-50 akan membantu melawan tekanan denga memastikan kesihatan fungsi saraf baik, sekaligus memastikan tiada masalah sakit kepala, insomnia, tekanan dan kemurungan.


Aimaan faham ramai yang menunaikan ibadah haji adalah insan yang terpilih dan berusia. Kebiasaannya kekuatan tulang dan fizikal semakin menurun pada umur itu. Jadi penambahan astaxanthin dalam badan boleh meningkatkan tahap kualiti tenaga dan tulang lebih baik dan cergas sepanjang masa. Sebenarnya astaxanthin berfungsi sebagai pengeluar kolagen terbaik untuk meningkatkan sel berkualiti dalam tubuh badan.

Cadangan ---> Neptune Krill Oil (NKO) kaya dengan omega -3 dan Dha yang secara klinikal dan dipatentkan terbukti mempunyai astaxanthin yang bagus dan berkualiti. Tahap penyerapan yang tinggi , astaxanthin memasuki ke dalam membran sel dan melindungi daripada serangan radikal bebas secara berterusan.






Jika tak silap , gambar ini diambil waktu tengahari. Kerana ketika ini tidak ramai yang membuat ibadah tawaf. Masa ini Aimaan minta emak yang ambilkan. Kami kebiasaannya datang ke Masjidil Haram sekali selepas breakfast, dengan adik dan ayah. Lepas pada tu terus berpecah, masing masing pergi uruskan ibadah masing masing. Ada yang mengaji, tunaikan umrah dan sebagainya.

Pertanyaan, konsultansi dan pesanan produk boleh terus hubungi saya:

Aimaan Ahmad
Sms/whatsapp: +60185713858
Email : nurul.aiman@live.com
Facebook : Aimaan Ahmad


No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign