Aimaan Ahmad: Pulau Pangkor Percutian Jimat Dan Berbaloi

Pages

May 20, 2018

Pulau Pangkor Percutian Jimat Dan Berbaloi



Hi, Assalamualaikum :)

Kali terakhir saya menjejakkan kaki di Pulau Pangkor pada tahun 2003 which masa umur saya dalam tingkatan 3. :D whoahhhhh lama sangat dah tu. Selepas 15 tahun saya datang semula menikmati keindahan pulau bersama kawan baik semasa sekolah menengah dulu.

Kami macam sibling, kemana saja mesti bersama :) Sampai beli rumah pun kami decide nak beli dekat dekat jerrrr haha.

Perancangan ke Pulau Pangkor boleh dikatakan last minute jugak lah, sebab ktorang ni semua bekerjaya tetapi lain lain bidang. Jadi nak cari waktu sesuai tu sukar. Bila dapat je weekend semua free, terus on tanpa fikir seribu kali.

Alhamdulillah lokasi rumah kami hanya di Ipoh, jadi untuk ke Jeti Lumut hanyalah memakan masa sekitar sejam 15 minit. Kami ralit bersembang sampai tak sedar pun dah sampai ke lokasi Jeti. Seyes tak terasa langsung!

Kami ambil pakej tour untuk uruskan booking, nak cepat dan takmau fikir. Boleh dikatakan harga dicaj berbaloi sangat :)

Untuk pakej kami bertiga, seorang hanya perlu spend RM 210 SAHAJA.

No tel Tour Pakej : Kak Etun 017-5388803

Pakej termasuk :

  • Penginapan semalam di Joe Fisherman Inn
  • Tiket Feri Pergi Balik
  • Pakej tour Island
  • Snorkeling
  • Car Rental





Jom lihat bilik di Joe Fisherman Inn. Boleh dikatakan bangunan baru, ada kolam dewasa dan kanak kanak. Konsepnya klasik guna kayu , dan bilik airnya sahaja pakai mozek. Ruang bilik yang luas, katil single + king. Fasiliti lain yang ada, aircond, air panas, iron, almari. Overall, selesa dan berbaloi. Sesuai untuk percutian berkeluarga. Malah lokasinya berhampiran dengan Pantai Teluk Nipah, jalan kaki sahaja.




Itulah lokasi yang termasuk dalam pakej, boat akan bawa kami visit ke tempat ni sebelum hantar ke tempat untuk snorkeling. Tempat snorkeling , adalah Coral Islands. So kat sini, boleh tengok ikan cantik warna warni, coral yang bermacam macam bentuk. Nasihat ke tempat ini, haruslah memakai kasut sarung getah ketika snorkeling. Sebab kawasan ini coralnya tajam, jadi mudah terluka jika berkaki ayam.



Pemandangan dari Pantai Teluk Nipah, taksangka di Perak juga boleh menikmati laut yang biru sangat cantik, subhanallah. Waktu kami sampai di kawasan pulau ni, kami jadi terpesona dan terkejut sebenarnya. Mengapalah kita asyik berbangga di tempat orang sedangkan pulau disini juga sangat cantik dan menenangkan.


Kami sampai di Teluk Nipah dalam jam 11.30 pagi. Mujur bilik sudah tersedia, jadi tak perlu tunggu masa untuk check in. Apalagi terus terjah masuk bilik dan berehat sekejap. Selepas itu kami keluar pergi makan tengahari di kawasan pesisiran pantai, mak aihhh sedapnya lauk kat sini. Semua segar segar. Masa itu kami makan ikan bawal masak kari. Berlemak betul isinya !


Selepas lunch , masuk bilik berehat dan solat jamak dahulu. Supaya perjalanan meronda boat kat laut nanti tak terkejar kejar masa. Sudah terjun ke dalam laut tak pandai nak naik semula tu nanti hahaha...




Bergambar di atas boat. Mujurlah beach man ni so helpful dan ada nasihatkan sikit semasa snokeling nanti. whoahhhh time boat ni bergerak , tak sabar nak jerit sebab nak release stress kononnya. Itupun punca utama kami datang kepulau ni, hanya untuk mengisi ruang yang kosong dan membuang segala beban kerja, hehe !!







Syukur alhamdulillah ....Saya berasa sangat lega melepak di pantai dan pulau. Melihat betapa cantiknya alam semulajadi, melihat betapa berkuasanya ciptaan Allah. Saya tidak bersnorkeling terlalu lama, kerana saya tak nak kulit nanti terbakar dek matahari. Walaupun sudah memakai sunblock, tetapi cukup masa tetap akan terbakar jika tidak di cegah. Sunburn bukan sahaja jadi gelap, nanti kulit saya jadi alergik. Jadi lebih baik saya elak dari awal. So, apa nak buat ? Saya berendam dalam laut di kawasan redup , sambil ambil gambar ikan , coral, pemandangan, selfie haha.

Janganlah marah saya !! Saya memang suka ambil gambar yang saya rasa cantik ! Hasilnyaaaa.... macam saya share nilah :)






Ada kejadian lawak semasa snorkeling taw, nampakkan alat pernafasan tu. Bila saya tutup mata, alat tu sudah pun memenuhi hampir ke bibir. Bila saya nak pakai alat letak dalam mulut tu, macam banyaknyaaa benda mengganggu. terus rasa arghhhhh muka saya kecikkkkkk ! Nampak macam kelakar bila pakai ni. Jadi pakai sekejap jerrr tengok ikan, then saya duk tepi batu sambil makan makan haha.....



Tengok laut tuuu cantik sangat !Jika musim raya cina, pantai dari teluk nipah ke coral islands boleh jalan kaki sahaja. Sebab air akan surut sangat. Nanti nak cuba datang time chinese new year pulak :)



Kami balik dalam jam 7 malam, tak sempat melihat matahari terbenam. Letih sangat dah , sampai tak sabar nak mandi dan makan :)

Malam itu kami makan di restoran, ikan siakap sweet sour dan tomyam campur. Perghhh rasanya sedap ! Masakan thailand la tapinya ahaha...

Keesokan harinya kami hanya melawat beberapa tempat , iaitu Masjib Seribu Selawat dan Kota Belanda.



Pintu masuk utama Masjid Seribu Selawat. Masjid ini dipenuhi dengan selawat di dinding, suasana dalam masjid sangat  indah dan cantik.


Sempat pulak "jump photo" di Kota Belanda, bila lagi nak buat kan sementara ada kawan baik yang suka melayan kerenah kita. Depa semua pergi baca kisah sejarah yang ditulis, saya pergi bergambar. Nanti nak tahu pasal sejarah suruh sahaja dorang cerita balik hihi :)


Okay sekian sahaja cerita di Pulau Pangkor, overall sangat berbaloi dan cukup sekadar untuk merehatkan minda di tempat berdekatan rumah kita. Atleast tidak jauhlah.... 


Boleh subscribe my youtube channel, missaimaan. Thank you for reading, dan jumpa lagi !




No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign