Aimaan Ahmad: Pernah Dengar Mengenai Evening Primrose Oil ?

Pages

May 20, 2018

Pernah Dengar Mengenai Evening Primrose Oil ?


Hi ,  Assalamualaikum :)


Sejak saya berkecimpung dalam bidang kesihatan dan kesihatan khususnya, saya kerap melihat pelanggan bertanyakan mengenai Evening Primrose Oil (EPO). Disebabkan permintaan dari pembeli sangat konsisten, saya patut berkongsi kelebihan yang terdapat dalam EPO.

Untuk pengetahuan korang , di dalam EPO terdapat jumlah GLA yang berkualiti. Tubuh manusia tidak boleh menghasilkan asid gamma linolenik (GLA), oleh itu ia harus di peroleh melalui diet atau supplemen harian. GLA, asid lemak omega 6 yang penting, sukar ditemui dalam diet moden kita dan pengeluarannya dari badan pada kebiasaannya sedikit disebabkan beberapa faktor seperti penuaan, merokok, tekanan dan sebagainya.

Minyak Evening Primrose Oil adalah salah satu sumber GLA yang terkaya dan paling selamat !



Btw, supplemen GLA sangat berharga dan terbukti berkesan untuk kesihatan dan kecantikan wanita... Gitchew !

Saya ceritakan lebih spesifik ya ! Mengapa korang perlu buat keputusan memilih EPO dari COSWAY :)


  1. SELAMAT DAN BOLEH DIPERCAYAI
> Sumber GLA yang teliti dan diuji dengan baik yang tidak mengandungi toksin semulajadi, alkaloid pirolizidin (PA) yang menyebabkan kerosakan hati yang sering ditemui pada tumbuh tumbuhan yang tertentu.


    2. MURNI DAN TIDAK BERTAPIS

> Diekstrak tanpa haba dan tanpa penapisan kimia untuk mengekalkan dan menstabilkan triterpenes (antioksidan semula jadi)


    3. KEPEKATAN DAN KONSISTENAN YANG TERJAMIN

> 10% GLA terselaras dan diuji dengan ketat untuk EPO yang berkualiti dan ketulenan yang tinggi



oh yaaa... rata rata pelanggan yang mencari EPO adalah wanita. Terdiri dari pada wanita bekerjaya, surirumah, anak dara, wanita yang sudah menopous,dan wanita yang alami period pain yang teruk.


Kali ini saya akan kongsikan MANFAAT HEBAT GLA UNTUK KESIHATAN DAN KECANTIKAN : 

  • GEJALA KETIDAKSEIMBANGAN HORMON & SINDROM PREMENSTRUAL (PMS)
> Wanita dengan gajala PMS seperti kekejangan, sakit kepala, bengkak dan kesakitan payu dara, jerawat dan lain lain, mungkin mengalami kesukaran menghasilkan GLA yang boleh ditukarkan kepada prostaglandin E1 (PGE1) yang menyerupai hormon. EPO mengandungi sejumlah besar GLA dan boleh mengurangkan gejala PMS.

  • PENGURANGAN PANAS BADAN AKIBAT MENOPAUS
> Para penyelidik percaya bahawa ini adalah disebabkan oleh GLA yang dibekalkan kepada badan melalui EPO, yang boleh membantu mengurangkan gejala menopaus. Ia didapati sangat berkesan dalam merawat dan mengurangkan kekerapan panas badan.

  • MEMPERBAIKI KEADAAN KULIT (EKZEMA, PSORIASIS)
>  Para penyelidik melaporkan bahawa mereka yang mengalami ekzema tidak berkemampuan memproses asid lemak secara normal dan boleh mengakibatkan kekurangan GLA yang membantu mengawal keradangan. Dalam satu percubaan, 96% subjek ujian untuk EPO menunjukkan tanda tanda penambahbaikan gejala ekzema setelah menjalani rawatan bagi bulan yang ke-5.

  • MENGURUSKAN ARTHRITIS REUMATOID
> EPO merupakan rawatan yang berkesan bagi mereka yang mempunyai arthritis reumatoid. GLA berkeupayaan untuk menukarkan sebahagiannya kepada PGE1, sejenis bahan seperti hormon yang diketahui mempunyai aktiviti anti inflamasi.

  • MEMBANTU MENGAWAL OSTEOPOROSIS
> Ia meningkatkan ketumpatan mineral tulang dan menjadikan tulang anda lebih kuat dan sihat. Beberapa kajian telah membuktikan bahawa kehadiran GLA dalam EPO menjadikannya sangat berkesan  dalam pengurusan osteoporosis.

  • MENINGKATKAN KESIHATAN KULIT
> EPO sangat baik untuk kesihatan kulit secara keseluruhan. Menurut Jurnal Antarabangsa Sains Kosmetik, EPO menggalakkan kulit kelihatan lebih muda, mengurangkan garis garis halus dan kedutan.


Sebagai wanita, kesihatan dalaman dan luaran amatlah penting, dan haruslah dijaga dengan baik tak kira bujang mahupun sudah berkahwin. Sebotol EPO boleh bertahan selama dua bulan.


Harga berpatutan dengan kualiti GLA dan hasil selepas pengambilan :) Jangan bimbang , saya akan memberi tunjuk ajar cara pengambilan suplemen, jumpa lagi (^_^)







No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign