Aimaan Ahmad: Kenalkan Diri Saya Sebagai Perunding Hartanah

Pages

May 21, 2023

Kenalkan Diri Saya Sebagai Perunding Hartanah

 Hye, Assalamualaikum :)

Hari ini adalah 29 syawal 1444 ~ 20 May 2023, saya nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin. Meriah jemputan open house di saat saat akhir , alhamdulillah. Saya sebenarnya lama betul sudah meninggalkan blog ni, aduhhh kesian! Kali ini muncul untuk memperkenalkan diri sebagai perunding hartanah yang mana saya sudah actively practiced since last year.

Saya mulakan dengan kronologi bagaimana saya terjebak dalam bidang ini. Lebih jelas lagi, industri hartanah yang mana tanggungjawabnya besar dari awal mencari hartanah sehinggalah proses penyerahan kunci kepada pembeli. 

Sebelum ini saya telah mengasah minat kepada bidang hartanah dengan membaca, mendengar audio  dan praktikalnya, sudah membuat pelaburan dalam bidang hartanah. Saya merasakan ia sangat serasi dengan jiwa saya apabila saya mula merancang untuk meluaskan perniagaan dalam bidang baru.

Alhamdulillah segalanya bermula dengan baik, mengenali seorang Leader yang bagus dan sangat memberi tunjuk ajar, saya melalui proses Training dan mendapatkan rentag number sebagai lesen ejen hartanah seperti gambar di bawah.

For now, I am proud of real estate agent dan saya percaya , kerjaya ini akan berkembang dan semakin hebat apabila kita dapat melalui proses dengan jayanya. :)

Selepas terima REN Tag, lalu saya bergambar dengan bahagia, :)

Saya perkenalkan diri, Aimaan Ahmad sebagai perunding hartanah anda yang akan membantu dari awal proses pembelian hartanah sehingga penyerahan milik kunci hartanah anda. Saya berazam untuk membantu seramai yang boleh bagi memiliki hartanah sama ada untuk pelaburan atau diduduki. Pengalaman saya dalam perniagaan peruncitan sebelum ini membolehkan saya lebih yakin untuk menguasai selok belok perundingan jual beli sewa hartanah. Insya Allah, friendly agent to deal with. :)

Ini gambar pertama kali saya bawa buyer untuk viewing project, alhamdulillah closed sale at that time.

Gambar bersama Team selepas kelas Training 

Ehhh dapat hadiah pula. Terkejut saya masa itu, terima hadiah.


Viewing pertama saya untuk sewaan listing sendiri. Tenant mahu rumah lebih besar dan berdekatan dengan sekolah, Second viewing tenant baru closed deal masa ni. Great experience, mashaAllah.
Segalanya proses yang mudah lagi bagi saya waktu itu.


Hara ini gambar pertama kali inspection rumah untuk Subsale listing sendiri. Kenangan ambil gambar duluuuuu. Hahahaha. Masa ini sibuk betul, cari masa kejap pergi inspection rumah.

Bersama rakan, pembeli setia di Cosway dan juga seorang Owner yang memberi listing rumah. 

Attending monthly POWER UP Training dan rebut peluang jumpa ramai kawan baru.


Hadiri Training bersama Group Irealty dan masih ingat lagi moment ini, saya terpaksa balik rumah awal kerana mendapat khabar sedih, dimana pemergian Ayah Mi adik mak saya kembali ke rahmatullah. 
Al-Fatihah 


Segala urusan jual beli dan sewa rumah , boleh hubungi saya :)
Jangan segan ok !

Aimaan Ahmad

REN61740 

IQI Realty SDN BHD

+6011-29040645

www.wasap.my/601129040645




No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign