Hye, Assalamualaikum :)
Aimaan doakan semua pembaca blog saya ini sentiasa di bawah lindungan Allah swt dan hidup dalam keberkatan, Amin Ya Rabbal Alamin. Bercuti sememang amat menyeronokkan, siapa yang tidak suka mustahil bagi Aimaan ? Rezeki saya dapat bermalam di Royale Chulan Penang tanpa di rancang langsung, kerana saya dan suami dalam perjalanan pulang dari rumah keluarga mertua di Perlis ke Perak. Mungkin kami belum lagi puas bercuti , sekali suami bersuara ketika drive. " Sayang boleh cuti lagi tak esok ? Jom tidur kt Penang ". Zaaassss... Aimaan yang sememangnya amat menyukai percutian adhoc ini terus mencari hotel yang awesome untuk kita bermalam... Bagaikan bulan jatuh ke riba haha :)
Pada rancangan asalnya, saya masih bercuti esoknya cuma ingin berehat sahaja di rumah. Jika di pilih antara rumah dan hotel, iyaahhhh saya mahu cuba hotel ini. Kita booking semalaman dahulu. Kata suami Aimaan, dia mahu siapkan kerjanya di suasana lain. haaa kita bagi ruang.
Suasana hotel bertaraf 5 bintang telah mula beroperasi bagi tempoh yang lama dan menawarkan pengalaman penginapan gaya mewah. Sejujurnya, saya terasa amat teruja ketika tiba di kawasan hotel dan memasuki ruang kamar. Memang selesa! Untuk pengetahuan korang, selain Royale Chulan Penang, hotel royale chulan mempunyai lagi 7 cawangan di Bukit Bintang, Damansara, The Curve, Seremban, Cherating, Kuala Lumpur dan Hyde Park London.
Kami bercadang bermalam sehari sahaja bagi menyiapkan kerja kerja suami yang tertangguh secara online. Katanya nak ambil mood suasana baru pulak. Kerja masih belum siap lagi , makanya kami tambah lagi semalaman menjadikan dua malam disini. Tempat selesa memang nyaman lah nak buat kerja.
Ini suasana bilik kami. Malam pertama duduk di bilik deluxe. Selepas minta tambah sehari lagi, kami terpaksa pindah ke suite kerana ada projek penambahbaikan di level bilik sedia ada. Risau jika menganggu kami nak buat kerja, jadi kami decided to move to another level. Rezeki dapat bilik lebih selesa dan luas. :) Alhamdulillah.
Suami buat kerja. Isteri tengok cerita P.Ramlee.
Keesokkan harinya, Aiman dan suami pergi sarapan. Ada 3 kaunter sahaja buka, kita semua hairan takkan sedikit sahaja makanan disediakan. Ini first impression. Rupanya sangkaan kitorang salah. Jika nak sarapan di hotel, di meja makan ada menyediakan satu barcode untuk di scan. Terus di bawa ke page order makanan sarapan. Jadi, kita pilih sahaja nak set seperti gambar di bawah. Memang banyak pilihan dan nafsuuuu makan pon banyak. Rasa berbaloi betul.
Sudah siap makan, balik bilik untuk suami sambung kerja. Aiman tengok tv dan tidur haha... sebelum itu mari kita tunjuk suasana di Royale Chulan Penang.
Semangat untuk menyiapkan task pada level luar biasa. Tengok ! Fokus sangat :)
atau acah acah fokus. haha.. By the way, work station yang sangat selesa, sebelah langsir tu ada balkoni boleh lihat view kolam renang di bawah.
Tandas ada divider. Shower room, toilet, dan kawasan sinki. Luas dan bersih.
Hotel ini juga menyediakan hot water jika tak tahan sejuk. Iya, sayalah tu yang akan mandi air panas setiap pagi.
Royale Chulan Penang juga menyediakan security box, body scale dan inhouse shoes.
Ternyata nampak luas dan selesa kan :) Tak silap saya, kami datang ketika perintah kawalan pergerakan pemulihan. Jadi rate harga semalaman boleh dapat dalam Rm 100-150 sahaja.
Ini view dari bilik kami. Ikutkan hati nak juga melepak di bawah bermandi kolam. Tetapi lebih baik kita menjaga keselamatan diri semasa covid-19.
Pengalaman bermalam di Hotel Royale Chulan Penang memang mengujakan dan boleh di rekemen pada sesiapa yang mahu cuba. Dari awal check in sehingga proses check out, servisnya amat baik sekali. Kami semestinya akan ulang lagi bermalam disini jika datang ke Penang. Aiman sudah siap untuk gerak pulang ke Perak. Jumpa lagi di masa akan datang, terima kasih ! :)
No comments:
Post a Comment