Aimaan Ahmad: Raya 2018 In Kedah

Pages

Jul 22, 2018

Raya 2018 In Kedah


Hi, Assalamualaikum ! :) Pernah alami hari pertama bulan jatuh ke riba ( period time ), badan terasa lemah dan katil kerap sangat memanggil manggil. Tiada beza macam kuku dan isi, sentiasa melekat.
Aiman mahu juga buat something semasa baring, jadi menulis blog satu perkara faedah berbanding melihat kipas berputar 360 darjah tanpa henti huhu

Sebenarnya satu perkara saya terlepas bulan Syawal lepas, iaitu menampal memori dalam blog ini sebagai kenangan. Sebelum itu , Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin , korang !! Dengan harapan Raya kali ini begitu bermakna, mengeratkan silaturahim yang lama terpisah setahun sekali berjumpa dan berseronoklah bersama keluarga tersayang muah ! Ops, terlepas. Maklumlah mood period hormon terlebih terkeluar my manjaness. 


Sejak lahir Raya pertama saya mesti berada di rumah tok sebelah mak. Hanya Tok Fatimah sahaja masih tinggal, Tok dan Tokwan yang lain telah kembali kerahmatullah. Jom kita sedekahkan Alfatihah untuk mereka. Alhamdulillah :) 

Kebiasaannya Raya kami lebih kepada menjamu selera dan berbual bual sehingga tak boleh bergerak kemana mana. Semua sepupu akan bertegur sapa, dan cara menegur tu pasti sama setiap tahun. sighhhh.

" Along, bila kau nak besar ?,'' mesti itu soalan yang sama kian berulang setiap tahun.

Well, jawapan steady saya." Tunggu Along kahwen esok !" ha ha.

" Haaa bila Along nak kahwen?," aduhhhhh saya bagi peluang mereka bertanya soalan seterusnya. ha ha . Masih belum terlepas lagi soalan yang sama setiap tahun.

"Kita tunggu cuti sekolah lahhhhhhhh'', balas saya sambil cepat cepat buat sibuk kt dapur. :D peace* 



Aiman seolah ada twin sibling , padahal kami kakak dan adik. Malangnya adik saya sentiasa di teka sebagai kakak. Kesiannnnn , saya mampu buat muka simpati . ( Dalam hati ketawa berdekah dekah ) haha

Gambar kami ini sebagai kenangan berphoto , girl ketinggian 150 cm vs lelaki ketinggian more than 175cm. Kononnya macam arnab yang comel bersama zirafah yang tinggi lampai tak hairankan orang bawahan.


Sweet photo of us !


Meluangkan masa bersama keluarga sentiasa rasa gembira. Setiap kali berjumpa penuh dengan gelak ketawa sehinggakan lupa sekejap perihal kerja  yang takkan habis. Masa berlalu tersangatlah pantas, hari raya bertemu hari raya bagaikan menyelak helaian buku. Sangat cepat tak terasa. Kadangkala timbul juga rasa bersalah sebagai anak, tidak meluangkan masa bersama lebih dengan keluarga atas kekangan masa berkerja.


Bila fikirkan suatu hari nanti saya pasti akan menikah dan mempunyai keluarga sendiri. Di waktu itu pasti lagi bertambah komitmen masa dan perlu bijak membahagikannya.

Aiman berharap suatu hari nanti Allah hantarkan seorang insan yang sangat penyayang dan penyabar melayan kerenah saya yang kadangkala comel dan kadangkala garang macam kucing sakit nak beranak. ha ha.

Walaupun saya begitu, saya akan tetap akan setia menantinya, dan saya akan selalu mencipta memori terindah kita. ouch. Am I too emotional now? haha blame period hormones**


No comments:

Post a Comment

Aimaan Ahmad Copyright © 2016. Designed by MaiGraphicDesign