Hye, Assalamualaikum . :)
Quick update dari Aiman , actually ada few things nak kena siapkan hari ini . Hehe
Alhamdulilah baru selesai lunch dan terasa lebih bertenaga dari semalam . Semalam rasa pening , badan pon tak selesa . Balik rumah pon masih terasa lagi kepanasan dalaman badan .
Since sekarang ini saya perhatikan ramai betul mengalami demam , sembuh , demam balik . Kira perubahan cuaca sekarang mungkin memberi kesan pada tubuh badan . Sama la kita sebenarnya .
Masuk office beraircond , pergi bank jumpa matahari , balik rumah jumpa aircond balik . Jadi badan kita pon terkejut .
Jadi , berikut 5 tindakan awal boleh dilakukan di rumah ketika demam ;
1 # Banyakkan minum air
Kekurangan air dalam badan menyebabkan suhu badan menaik . Jadi salah satu caranya minum air .
2 # Makan Vitamin C
Oleh kerana daya ketahanan badan menurun , sistem imunisasi kita . Jadi Vitamin C membantu untuk tingkatkan sistem imunisasi badan . Saya ambil 1000mg vitamin C bagi mengembalikan daya tahan badan .
3 # Minum Air Klorofil
4 # Makan sesuatu yang ringan
Bukan bermaksud makan keropok jajan etc ya . Makan sesuatu berkuah macam sup panas . Ini perut anda dengan sedikit makanan.
5 # Mandi dengan air suam
Mandian malam dengan air suam memberikan impaks rileks dan menenangkan . Jika mandi dengan air sejuk , nanti aliran darah menjadi laju dan suhu semakin meningkat pula .
Lega alhamdulillah hari ini kembali kebah dan boleh bekerja seperti biasa .
Kita juga tidak sangka dan tahu sama ada akan betul betul sembuh atau tidak keesokan hari . Ini hanya tindakan awal boleh dilakukan ketika demam . Jika ia masih berlarutan , lebih baik berjumpa dengan doktor .
Aiman kongsikan sedikit knowledge mana tahu membantu anda apabila ada orang tersayang sedang demam :)
No comments:
Post a Comment